βαβ 8

12.8K 319 8
                                    

5 Tahun Kemudian....

"Bella!!"

Aku menoleh ke arah suara tersebut dan tersenyum lebar apabila nampak orang yang memanggil aku. Aku segera memeluknya

"Rindunya aku sama kau, dik" kata Ryan

"Bell pun rindu abang"

"Macam mana keadaan Bell di Korea?" tanya Ryan seraya menarik bagasiku dan memasukannya ke dalam kereta

"Allhamdullilah semuanya ok dan Bell yakin yang abang tak tahu status Bell sekarang" kataku seraya tersenyum lebar

"Status? kau dah kahwin ke?" tanya Ryan blur membuatkan aku memukul kepalanya menggunakan beg tanganku

"Auchhh!! Sakitlah" kata Ryan

"Kepala bana anda!! Bell belum kahwin tapi...."

"Tapi apa? kau jangan sampai tangan aku sampai ke muka kau" ugutnya

Aku ketawa melihat mukanya cemberut

"Ok, Bell beritahu... Sebenarnya Bell dah bertunang ketika Bell di Korea!!" kataku teruja

Muka Ryan sudah menjelaskan bahawa dia sangat terkejut

"Kau biar betul?! Siapa orang yang malang bertunang dengan kau" kata Ryan selamba membuatkan aku mencubit lengannya

"Jahatlah abang ni"

"Abang gurau jelah... Siapalah lelaki yang bertuah dapat hati kau ni?"

"Abang kenal Jungkook, right?" tanyaku

"Of course I know him dan Jangan cakap kau sama dia bertunang" tekanya

"Pandai abang!!" kataku sambil tersengih

"Biar betul?! bukan ke dia..."

"Dia sudah masuk Islam, abang" kataku sambil tersenyum manis

"Allhamdullilah"

Aku juga turut bersyukur apabila dia telah masuk Islam dan mungkin jodoh sebenar aku adalah Jungkook

ataupun lebih dikenali sebagai

Muhammad Adrian Qu Qaleef
(Uwuw ok tak?)


❤❤❤❤

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, eh anak mummy!! bila Bell sampai?" katanya lalu memeluk aku

"Baru je tadi. Mummy dan daddy apa khabar?" tanyaku lagi

"Mummy ok dan daddy pula sibuk uruskan company" kata mummy

"Kenapa tak suruh Ryan je urus syarikat tu? Dapat juga daddy rehat" kataku seraya menjeling ke arah Ryan

"Nak harapkan Ryan? sampai daddy tua pun belum tentu lelaki tu uruskan syarikat tu" sindir mummy

"Apa ni main sindir Ryan? Ryan malaslah nak kerja" katanya selamba

Aku dan mummy segera mencubit lengannya dan dia terus menjerit kesakitan

"Padan muka" kataku sambil ketawa melihat mukanya seperti hendak menangis

"Ibu dengan anak sama je. Dua-dua suka sakitkan hati Ryan" sindirnya

Mummy segera menarik telinga anak terunanya yang tak berapa matang. Ryan mengaduh sakit

Terburai ketawa aku melihat gelagat mereka. Aku segera naik ke atas bersama ketawa yang masih bersisa

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now