BaB 78

6.2K 167 7
                                    

5 hari sebelum majlis perkahwinan💎

Keesokan harinya...

Tok tok tok!

Kedengaran ketukan di pintu membuatkan perbincangan antara Bella dan Datin Liya terhenti seketika. Datin Liya memandang ke arah Bella

"Bella pergi buka pintu sekejap"

"Okay" terus sahaja aku bangun dari sofa dan menuju ke arah pintu. Aku melihat pakaian aku seketika sebelum membuka pintu

Kelihatan seorang lelaki yang membelakangi aku dan di sisinya terdapat sebuah bagasi. Aku memandangnya pelik

Siapa pula mamat ni?

"Who are you?" tanyaku kepada lelaki tersebut

"Your beloved one" katanya seraya tergelak kecil

Aku dapat mengagak siapa lelaki ini apabila mendengar suaranya. Terus sahaja aku memeluknya dengan erat

"Abang Kevin!" jeritku dengan teruja

Kevin tergelak melihat telatah adiknya. Dia membalas pelukannya adiknya dengan erat

"Bila abang sampai?" Tanyaku seraya memeluk lengannya

"Semalam lagi abang sampai, baby tapi abang menginap di hotel dulu" jelas Kevin seraya memeluk bahu Bella

"Eh, Kevin! Kenapa tak call mummy nak datang sini?" tanya Datin Liya

Kevin menyalam Datin Liya lalu dikucup kedua belah pipi wanita tersebut

"Saja nak buat suprise untuk keluarga kesayangan Kevin. Lagipun, Kevin tak mahu terlepas hari bahagia my baby"

Datin Liya tersenyum sahaja. Walaupun Kevin bukan anaknnya tapi dia merupakan ibu susuan kepada Kevin memandangkan Kevin seorang yatim piatu sejak dia dilahirkan lagi

Tambahan pula, Kevin amat akrab dengan Bella sejak kecil lagi jadi tak hairanlah kalau panggilan mereka terlebih manja

"Oh my brother!" jerit Ryan dan terus sahaja dia memeluk Kevin dan nasib sahaja mereka tidak jatuh

"Woi! Tak payahlah nak oh my brother bagai! Umur kita sama je jadi jangan nak peluk aku macam aku lagi tua dari kau"

Ryan sudah mencebikkan bibirnya

"Sampai hati kau cakap begitu! Aku merajuklah" kata Ryan lalu memeluk tubuhnya dan dipusingkan menghadap ke arah lain

"Sudah ada isteri pun perangai macam budak-budak. Ubahlah sikap tu dan jadi matang sedikit" bebel Kevin

Aku tergelak sakan melihat wajah cemberut Ryan. Padanlah dengan mukanya sebab tunjuk perangai kebudak-budakkan di depan Kevin

"Sudah! Jangan nak bising sangat. Bella, kamu tunjukkan bilik abang kamu dan Ryan tolong ibu siang ikan"

Ryan sudah menayangkan muka gelinya. Terus dia menggelengkan kepalanya berkali-kali

"Siang ikan? Mummy jelah buat atau mummy suruhlah Farah tolong mummy. Ryan tak sanggup kotorkan tangan untuk menyiang ikan"

"Kamu tak mahu? Kalau kamu tak mahu, biar mummy suruh Farah cubit kamu" ugut Datin Liya

Ryan tergeleng berkali-kali. Tak sanggup dia menerima cubitan ketam daripada isterinya. Sakitnya mengalahkan sakit orang putus cinta!

Aku dan Kevin sudah tersenyum mengejek ke arah Ryan

"Abang Kevin, jom Bella tunjukkan bilik"

"Jom baby. Kita tinggalkan je Ryan jadi tukang siang ikan di sini"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now