βαβ 22

9.5K 273 6
                                    

"Akak boleh tak layan perempuan tu? penatlah dengar dia asyik merungut tak cantiklah, tak berkualitilah, itulah, inilah! macam nak tunjal je dahinya" bentak Qaisarah

Aku sekadar tersenyum nipis ke arah Qaisarah. Kenal sangat dengan perangainya yang cepat hilang sabar apabila pelanggan mula merungut

"Cubalah Qaisarah bersabar layan karenah pelanggan. Tak apalah biarlah akak layan customer tu"

Aku segera menuju ke arah pelanggan tersebut sambil mempamerkan senyuman manis

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik?" tanyaku kepada pelanggan yang melihat kain dengan tekun

"You boleh tak tolong saya pilihkan kain yang sesuai untuk tema bollywood? sebab saya tengok semua kain yang ada tak cantik" katanya

Aku sekadar tersenyum sambil melihat kain yang sesuai untuknya. Mataku tertancap dengan kain yang berwana putih dan peach

"Saya rasa kain ini sesuai untuk awak" kataku lalu menunjukkan kain tersebut kepadanya

"Wah! I setuju dengan you. Memang padanlah! Pandailah you pilih! Nama saya Wendy, nama you pula apa?"

"Nama saya Bella Ayana" kataku sambil tersenyum manis. Mesra juga dia

"Nice name, Bella. Cantik macam tuannya" puji wendy

"Awak pun cantik. Awak datang seorang diri ke?" tanyaku

"Saya datang bersama dengan bakal suami saya. Eh! itu dia" katanya lalu menunjukkan seorang lelaki yang berjalan menuju ke sini

Aku memandang ke arah tersebut dan riak wajahku berubah memandang lelaki tersebut

Muhammad Adrian Qu Qaleef

"You! kenapa you lewat datang?" tanya Wendy lalu memeluk lengan Adrian

Adrian memandang ke arah aku dan dia pun terkejut melihat aku. Dia segera melepaskan tangan Wendy daripda lengannya

"Awak nak ambil kain ini terus atau mahu kami jahit sekali?" tanyaku dan mengendahkan pandangan Adrian

"Saya nak jahit sekali dan buatkan dua pasang baju. Satu untuk saya dan satu untuk Adrian" katanya sambil tersenyum lebar

"Baiklah. Nanti kamu boleh bayar di kaunter" kataku lalu berlalu dari situ

Aku agak tak selesa dengan pandangan Adrian terhadapku. Aku tak sangka dapat jumpa dia lagi walaupun aku sebenarnya tak ingin jumpa dia

❤🌺❤🌺


Aku sedang duduk di taman dan keadaan di situ amat menyenangkan. Aman dan tiada gangguan

Aku sekadar tersenyum melihat pasangan yang kelihatan amat gembira. Bilalah aku dapat bahagia seperti mereka?

Apabila mengenangkan perkara yang berlaku terhadap aku membuatkan aku kembali muram. Memang aku sering disakiti oleh orang yang aku sayang ke?

Aku segera menggelengkan kepala. Inilah dinamakan takdir. Memang kita mengharapkan bahagia yang berpanjangan tetapi Allah tahu yang lebih baik untuk kita

Aku hanya mampu bersabar dan tawakal. Semua yang menimpa terhadapku mungkin ada kebahagiaan yang tidak dijangka

Siapa tahu kan?

"Saya rindu awak, Bella"

Aku memandang ke arah empunya suara. Aku hanya mampu mendiamkan diri

"Saya menyesal buat begitu terhadap awak. Disebabkan saya, kita tidak dapat bahagia. Saya kecewakan awak, tuduh awak, maki dan hina awak" kata Adrian sayu

"Nasi sudah menjadi bubur, Adrian. Awak sakiti hati saya tapi saya hanya mampu sabar. Tapi bila awak putuskan pertunangan kita, saya kecewa sangat"

"Saya minta maaf! boleh berikan peluang kedua untuk saya?" rayu Adrian

Aku ketawa sinis. Memang lelaki selalu minta peluang kedua ke?

"Saya minta maaf tapi tiada peluang untuk awak. Cukuplah awak sakiti hati saya dan awak jaga bakal isteri awak dan jangan khianati cintanya"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now