BaB 65

6.6K 181 3
                                    

"Ada apa awak nak jumpa saya?" tanyaku dengam suara mendatar

Daniel hanya memandang aku dan pandangannya membuatkan aku rasa sedikit tidak selesa

Aku berdehem dengan kuat membuatkan Daniel segera mengalihkan pandangannya daripada memandang aku

"Awak dengar ke soalan yang saya tanya? Awak nak apa jumpa saya ni?" tanyaku sekali lagi

"Tak boleh ke aku nak jumpa kesayangan aku? Lagipun, aku jumpa kau pun untuk lepaskan rindulah" kata Daniel sambil tersenyum manis

Aku memandangnya sambil tersenyum sinis

Typical of guy yang selalu jilat ludah sendiri

"Lepaskan rindu? Kesayangan aku? Saya rasa muaklah dengan ayat daripada lelaki macam awak" kataku dengan senyuman sinis

Terus berubah riak wajah Daniel apabila mendengar Bella bercakap sebegitu. Daniel terus sahaja menundukkan kepalanya. Dia agak terasa dengan kata-kata Bella

"Kenapa awak tundukkan kepala awak? Terasa ke? Padan muka awak!" sindirku

Melihat Daniel masih lagi mendiamkan diri membuatkan aku terus berdiri daripada duduk

"Awak tak ada nak cakap apa-apa lagikan? Kalau begitu saya minta diri dulu"

Baru selangkah aku bergerak, Daniel terus menarik lenganku dan membuatkan aku turut mengikut jejak Daniel

"Daniel! Lepaslah! Sakit tahu tak? Awak dah lupa ke yang kita bukan mahram?!" suaraku mulai meninggi tetapi Daniel endahkan sahaja

Aku cuba merentap lenganku daripada dipegang oleh Daniel tetapi dia memguatkan lagi genggaman pada lenganku

Daniel terus sahaja menuju ke arah lorong yang agak sunyi dan dia terus sahaja melepaskan genggaman pada lenganku

"Awak makin melampaulah! Dasar jantan tak guna!" jeritku dengan kuat

Daniel langsung tidak peduli akan jeritan aku. Dia perlahan-laha mendekati aku membuatkan aku undur ke belakang

Aku berhenti mengundur apabila terasa belakang badanku terlekap pada dinding. Perasaan gemuruh semakin bertambah apabila jara aku dan Daniel rapat sedikit

"A-apa awak buat ni? Tolonglah jangan buat perkara gila, Daniel. Sekali awak buat, saya janji akan bencikan awak seumur hidup saya" ugutku tapi Daniel langsung tak gentar dengan ugutanku

Daniel mendekatkan mukanya kepada mukaku membuatkan aku semakin terkejut. Daniel hanya tersenyum sahaja memandang aku

"Aku tahu apa yang aku buat sekarang ni akan buat kau semakin benci dekat aku tapi aku yakin yang kau akan benci dekat aku lepas ni"

Aku mengerutkan kening apabila aku langsung tak faham apa yang Daniel cakap sekarang dan itu membuatkan aku takut

"Apa maksud awak ni? Jangan nak buat perkara bodohlah" kataku dan terselit rasa gentar ketika aku bercakap dengan Daniel

Daniel tersenyum penuh makna

"Memang aku akan buat perkara tu sekarang juga"

"Apa awak n-" belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Daniel segera mengeluarkan sapu tangannya lalu ditekup pada muka aku

Aku meronta-ronta minta dilepaskan tetapi rontaan semakin lemah apabila aku hidu ubat tersebut

Aku perlahan-lahan rebah dan tidak sedarkam diri

Daniel hanya memandang Bella dengan dengan perasaan serba salah. Dia tahu salah tetapi dia harus lakukan sahaja

"Maafkan aku, Bella"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now