βαβ 14

11.9K 295 7
                                    

Sejak peristiwa pertemuan antara aku dan Daniel semalam membuatkan aku tidak senang duduk. Daniel kalau dia cakap itu maka dia buat juga. Aku mengeluh berat

"Awak dah kenapa mengeluh ni? ada masalah ke?" tanya Adrian

"Tiadalah cuma saya pening sedikit" bohongku

"Saya hantar awak baliklah dulu. Hantaran nantilah kita beli lagipun 8 bulan lagi perkahwinan kita jadi ada masa" kata Adrian risau

"Tak apalah, pening sedikit pun" dalihku

"Bella Ayana, tolong dengar cakap saya" rayu Adrian

Aku sekadar mengangguk lemah. Terasa serba salah apabila tidak dapat membeli barang hantaran

"Awak saya minta maaf sebab saya, kita terpaksa balik awal" kataku serba salah

Adrian sekadar tersenyum nipis

"Tak apalah, sayang. Kesihatan awak lebih penting berbanding hantaran tu" katanya lalu mengenyitkan mata

Terasa panas muka aku apabila dia bercakap begitu. Terlalu manis ayat yang dilontarkan oleh Adrian

" Hai Bella Ayana dan Adrian Qu Qaleef"

Kami memandang ke arah suara dan riak wajahku dan Adrian terus berubah. Aku menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapan kami

"Waalaikumsalam" perli kami berdua serentak

Aku dan Adrian terasa ingin ketawa apabila muka Daniel merah seperti tomata. Malulah tu!

"Kau nak apa?" tanya Adrian serius

"Kalau aku cakap nak Bella, kau bagi tak?" kata Daniel sinis

Aku dapat merasakan suasana semakin tegang. Janganlah berlaku perang ketiga di sini

"Kau jangan macam-macam, Tengku Daniel. Dia milik aku dan kau sekadar masa silam dia! kau jangan sampai penumbuk aku sampai di muka kau" tengking Adrian

Ramai orang memerhati kami dan membuatkan aku semakin cemas dan risau

"Awak janganlah! ramai orang tengoklah" kataku untuk menenangkan Adrian yang kelihatan seperti singa kelaparan

Daniel sekadar tersenyum sinis

"Memang aku masa silam dia tapi aku akan pastikan dia jadi masa depan aku. Kau nak tumbuk aku? aku tak perlu sebab aku tengok kau macam orang kurang zat dengan badan kurus
kering kau" sindir Daniel

Sebuah tumbukan diberikan kepada Daniel menyebabkan dia terjatuh. Aku tergamam melihat Adrian menumbuknya

"Kau cakap lagi aku akan pastikan kau mati!" tengking Adrian

Dia segera menarik lenganku lalu keluar dari pusat beli-belah tersebut

Daniel tersenyum sinis lalu menyentuh bibirnya yang luka. Dia mendesis sakit tapi tidak sesakit hatinya

'By Hook or crook, I will take Bella from you, Adrian!"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now