Prologue

43.2K 1K 7
                                    

Enjoy reading. Not recommended for someone who hates grammatical error, typo and so on

"BRO, you ruined it again!" Aryan bersuara dengan bengang seraya merebahkan badan ke atas sofa rumahnya.

"Well, I never ask you to set me up on a date," Qalish menjeling kembarnya. Sudah kali yang ke berapa Aryan dan mamanya berpakat untuk menemukan dia dengan seseorang. Ia gagal obviously.

"Untuk pengetahuan kau, mama is so worried. Risau kalau kau tak kahwin-kahwin," Aryan membalas. Qalish sekadar menghela nafas berat.

"Then, why not kau kahwin dulu?" Qalish buat muka bosan.

"I will. Maybe next year or soon. But you brother, dengan perangai dingin beku kau yang mengalahkan antartika, perempuan pun takut nak dekat, can you just give them a chance?" Aryan cuba memujuk Qalish. Percaya atau tidak, ayda rupa tapi tak ada senyuman will chase the women away.

"I did," Qalish menjawab selamba.

"Bila?"

"Tadi," Qalish memandang Aryan dengan pandangan kosong.

"Itu kau kata bagi peluang. You dont even talk to her. Bukan setakat bercakap, pandang dia pun nak tak nak," Aryan membidas geram.

Qalish tidak membalas sebaliknya mengalihkan perhatian kepada telefon yang berada di tangannya. Aryan mengecilkan mata ke arah kembarnya. Dengan geram, dia mencapai satu bantal kecil yang berada di sebelahnya. Bantal itu dibaling tepat ke arah kepala Qalish.

"Sakitlah mangkuk!'' Qalish menjeling tajam.

"Siapa suruh taklayan aku," Aryan ukir senyum senget.

Pada masa yang sama, Qira tiba di ruang tamu membawa sebuah bagasi.

"Em, ma. Are you going somewhere?"
Aryan bertanya. Dahinya berkerut. Qalish turut memandang mamanya dengan tanda tanya.

"Not me, but all of us. Pergi kemas. Kita balik kampung," dengan itu Qira terus berlalu.

Qalish dan Aryab terpinga-pinga.

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now