13

7 2 0
                                    

Kampung Sierra & Nash

Dia mencapai air manis yang dihidangkan oleh mamanya, tanpa segan-silu Sierra mencapai kuih keria yang dihidangkan di atas meja.

"Adik... makan perlahan-lahanlah. Tak hilang pun kuih keria ni kalau makan lambat-lambat."

"Alaaaaaa, inikan kuih kegemaran adik ma. Sedap uhh..."

Hidayu tersenyum senget melihat karenah Sierra yang masih seperti keanak-anakan.

Tidak kiralah berapa usia Sierra sekarang, tetapi dalam hatinya Sierra masih puteri kecilnya.

"Adik..."

"Ya ma..?"

"Ada orang nak masuk meminang adik."

"Erkk... errkk..." Sierra tersedak kuih keria, dia dengan cepat mengambil air teh suam yang berada di hadapannya.

"B-biar betul ni ma?"

"Takkan mama nak tipu adik?"

"Eh tapi abang belum kahwin lagi- takkan adik nak kahwin dulu."

"Langkah bendul je lah dik, siapa suruh abang tak laku-laku?"

"Maaaaa siapa yang masuk meminang tu?"

"Rahsiewwww..."

"Maaaaaaaaa." Rengek Sierra dia menggoncangan tangan mamanya sekuat yang mungkin. Siapa yang masuk meminang? Dia ada talking stage dengan siapa-siapa ke?

-

Nash dan Sierra, masing-masing tercungap-cungap. Nafas mereka berdua hampir habis. Mereka berdua melihat penunjuk arah yang terpampang. Ada 3km lagi.

"Orang lain sibuk hiking, kita pun nak juga hiking. Kita berdua ni dahlah stamina ke laut!"

"Ala bagus untuk kesihatan kan." Balas Nash, dia menghirup bekalan air yang bersambung pada begnya. Arghhh lega gila.

Padahal mereka berdua baru mendaki bukit itu tidak sampai separuh. Mereka berdua sudah mahu berputus asa kerana bukit yang didaki ibarat gunung Himalaya.

Ibarat.

Mungkin kerana mereka berdua tidak mempunyai stamina yang hebat.

Sierra mencapai saluran air yang bersambung pada beg Nash, dia hirup air Nash seolah-olah hidupnya bergantung pada air itu. Sebagai tindakbalas Nash menarik hos air tersebut sehingga airnya memercik ke arah muka Sierra.

"Pfftttt..." Ada suara lain yang menyampuk. Seolah-olah terhibur dengan tingkah laku Nash dan Sierra yang seperti anjing dengan kucing.

Nash dan Sierra memandang ke arah pemilik suara tersebut serentak. Nash memasukkan semula hos air ke dalam beg sebelum Sierra mengambilnya semula, manakala Sierra berdiri kaku lalu dia tersenyum...

Saad! Katanya dalam hati. Eh?

"Hi..." Ucap Saad Abdul Wakeel. Tangannya melambai ke arah Sierra.

"Saaddddd!" Jerit Sierra terkejut. Dia turut melambai ke arah Tengku Saad.

"Eh, Sierra... Nas-.." dia berhenti bercakap sebelum menyambung nama Nashruddin. Sudah lama mereka tidak bersua muka sejak kehilangan Sierra.

Di belakang Saad ada dua orang lelaki dan seorang perempuan. Seorang daripadanya adalah Tengku Jeem.

"Kawan ke dik?"

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now