3 | Kenangan

29 5 0
                                    


"If my eyes can't see you, my heart will never forget you."
-

Saad memerhatikan gambar-gambar polaroid yang diambil ketika Sierra masih ada.

Cantik. Manis.

Gambar Sierra berseorangan dan tersenyum berlatar belakangkan pantai diletakkan pada dadanya sebagai tanda rindu. Kemudian dia memerhatikan gambar tersebut, lalu dia menciumnya.

Rindu.

"Saya rindu awak..."

Air matanya mengalir lagi.

Cengengnya seorang Saad. Kan?

Saad! Do you love the sunset? Suara Sierra sekali lagi muncul. Kenangan mereka sewaktu berada di pantai Desaru mula menyapa ingatannya.

I love the sunset and you.

Wajah Sierra yang mengenakan tudung bawal berwarna putih masih segar dalam ingatannya. Putih. Sierra selalu memakai tudung warna putih.

Tiba-tiba dia teringat kenangan mereka sewaktu kali pertama mereka keluar bersama, Sierra menumpahkan air milo dalam keretanya. Tudung yang berwarna putih bertukar menjadi coklat. Kemudian, Saad keluar membeli tudung baharu untuk Sierra.

Saad mendapatkan berbagai jenis tudung yang dia nampak.

Bawal? Ambil. Shawl? Ambil. Shawl jersey? Ambil.

All in white. Hanya untuk dia.

Saad terketawa kecil. Nampaknya dia sudah gila...

Terlalu merindui Nur Sierra binti Arman.

Kalau dia diberikan peluang untuk kembali ke detik-detik sebelum Sierra pergi... dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak melepaskan Sierra.

Lantas Saad berdiri. Barang-barang yang berisi kenangan Sierra dia hamburkan ke lantai. Tangisan yang tadinya perlahan kini sudah semakin kuat. Ditambah lagi dengan jeritannya yang berbunyi frustasi, sedih dan marah.

Kenapa Sierra? Kenapa bukan dia?

Kenapa... bukan... dia... yang... pergi?

Lantas, dia terduduk sayu. Gambar-gambar pre-wedding mereka berdua pula yang berhamburan di atas lantai. Gambar yang sepatutnya menjadi tontonan untuk dia dan Sierra saat mereka menjadi suami isteri nanti...

Kenapa takdir begitu kejam untuk Sierra?

"Ba'ad!" Jerit Ayn saat memasuki ruangan Saad.

Ayn terdengar bunyi jeritan dan segera bertanyakan pada yang lain tentang si empunya suara. Rata-rata mengatakan bahawa suara tersebut datang dari bilik Saad.

Dia dengan segera mendapatkan Saad yang terduduk lemah bersama barang-barang perkahwinan milik Saad dan Sierra.

"Bawa mengucap Ba'ad. Ingat Allah..."

"Diamlah! Senanglah kau cakap! Ingat Allah, ingat Allah. Bukan kau yang kena hadapi semua ni!"

"EH Ba'ad, jangan cakap macam tu! Memang bukan Ka'yn yang hadap situasi ni, tapi Ka'yn ni yang kena hadap Ba'ad tahu. Bukan Ka'yn seorang saja, semua orang kena hadap dengan perangai Ba'ad ni."

Ayn meluahkan isi hatinya. Ya memang bukan dia yang kehilangan Sierra sebagai peneman hidup. Dia tidak kenal Sierra seperti mana Saad mengenali gadis itu. Dia cuma tahu Sierra sebagai tunang Saad.

Keadaan Saad yang sekarang membuatkan segalanya rumit.

Bagi mereka sekeluarga.

Sekarang Saad seperti bom yang bergerak. Bila-bila masa boleh meletus.

Kalau bukan menangis, dia akan marah.

Marah dengan nasibnya.

Tapi apa yang mereka boleh lakukan? Menangis darah sekalipun, Sierra masih kekal tidak bernyawa.

Lalu bagaimana? Mahu marah dengan qada' dan qadar? Mahu marah dengan takdir?

Sekarang hanya Saad yang boleh membantu dirinya sendiri.

"Ba'ad ingat, dengan menangis macam ni... Sierra takkan bangkit dari kubur tu balik! She is dead! She is fucking dead!"

"DIAM! Shut your fucking mouth Ka'yn! You takda hak nak kata macam-macam dengan Ba'ad!"

"I am telling you the fucking truth Ba'ad. Sadness, anger, where can those emotions take you to?!"

Jeda. Masa berhenti seketika untuk menghadam kata-kata Ayn.

"Emosi Ba'ad tu, it can only bring you to the worst place of your own mind."

"It won't help you bring her back. It won't even help you seek for the justice you wanted to have for her." Sambung Ayn lagi. Matanya berair. Suaranya bergetar.

"Ba'ad dengar tak ni?!"

Ayn meninggikan suaranya seoktaf.

Ayn melihat Saad yang meraup wajahnya dengan perlahan.

Dia cuma mahukan yang terbaik untuk Saad Abdul Wakeel. Dia tidak mahu melihat Saad dalam keadaan bersedih. Seperti orang yang hilang arah!

Ayn kemudian perlahan memegang bahu Saad supaya menghadap ke arahnya. Mata Saad bergelinangan air mata. Kini mereka saling bertatapan.

Ayn berharap yang Saad boleh maju kehadapan. Menghadapi hidupnya seperti dahulu.

"You're allowed to grief, Ba'ad. But not this way. It pains us to see you this way. Mama, baba, kami, semua sayangkan Ba'ad."

Ayn mendakap Saad dalam pelukannya.

Bahu Ayn dijadikan sebagai bahu untuk menangis.

Sakit.

Hatinya bukan kosong. Hatinya berat, ianya penuh dengan kesedihan dan kenangan bersama Sierra.

Sekejap sahaja waktu mereka bersama, dan kini... dia perlu mengingat Sierra selama mana yang mungkin.

Sampai bila-bila... dan memori bersama Nur Sierra binti Arman akan bermain dalam fikirannya.

Selagi dia bernyawa.

Ka'yn (Kayin) = Kakak Ayn (Ain)
Ba'ad (Ba Ad)

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now