9 | 'Dia' Kembali

14 4 0
                                    

"No!" Laung Saad dalam pejabatnya.

Nota yang berisi 'Miss me?' Dia ronyok-ronyokkan lalu dilemparkan ke arah pintu.

"Kenapa ni Tengku?" Soal Irfan tatkala pintu dibuka.  Dia mengambil kertas tersebut dan membukanya.

Ada tulisan 'Miss me?' yang berwarna merah seperti darah. Lantas dia melepaskannya daripada tangannya.

"Dari mana Tengku dapat ni?"

"This morning. Dekat cermin kereta."

"Mustahil sebab kereta Tengku ada dalam istana. Kita ada security yang ketat."

"Cek cctv sekarang."

"Baik." Irfan segera pergi ke bilik sekuriti untuk mendapatkan rakaman CCTV yang terkini.

Saad menyumpah serana dalam hati. Nota itu turut menyelitkan gambar-gambar Sierra sewaktu Hari Batik Malaysia. Maksudnya 'dia' juga turut menerima 'mimpi' yang sama?

Tiba-tiba lututnya terasa lemah. Dia berpaut pada meja buat seketika. Dia merasa seperti dunianya berpusing-pusing sehinggakan dia seperti mahu mengeluarkan segala isi perutnya!

"Tengku!" Jerit Fitri, dia segera berlari mendapatkan Saad yang hampir terbaring. Fitri segera mengeluarkan walkie talkie dan memberi arahan supaya yang lain boleh mendapatkan doktor untuk Saad.

"Fitri..." panggil Saad perlahan sebelum dia pitam sepenuhnya.

Fitri hanya tergamam. Macam mana Tengku Saad tahu namanya? Sedangkan baru hari pertama dia bekerja untuk Tengku Saad.

-

Dia membuka matanya perlahan-lahan. Ini yang dia takutkan. Macam mana kalau dia membuka mata dan semuanya kembali seperti sedia kala? Dia masih belum bersedia.

Kehilangan Sierra.

Kehilangan ayahandanya...

Tarikh kemangkatan ayahanda mereka bakal tiba. Jeem bakal jadi Raja untuk Negeri Indera dalam masa yang akan datang.

"Ba'ad..." panggil bondanya. Fatema menegakkan katil yang menempatkan Saad dalam keadaan baring.

"Mama..." Saad tersenyum kelat. Dia memeluk bondanya dengan erat.

Apabila mereka melepaskan pelukan, empangan air mata yang terkumpul akhirnya pecah jua. Dia merembeskan segala kesedihan yang telah terkumpul sejak dia tersedar.

"Ya Allah, kenapa ni Ba'ad?"

Saad menggelengkan kepalanya. Dia menangis dan terus menangis. Ini kali pertama dia menangis di 'mimpi' ini.

Fateha mengoles lembut rambut anaknya. Apa yang sudah terjadi kepada Saad? Saad menarik jarum yang berisi drip daripada tangannya dengan kasar sehingga menyebabkan tangannya berdarah sedikit.

"Saad! Kenapa ni? Apa yang terjadi?" Soal Fateha kepada anak lelakinya dengan penuh kerisauan.

"She is in danger! I have to go and get her ma..."

Saad turun dalam keadaan yang lemah longlai. Dia sempat memaut pada tangan bondanya sebagai sokongan.

"Bawa bertenang Ba'ad, bawa mengucap... Ba'ad kena berehat dengan cukup..."

"Tak boleh ma, Sierra dalam bahaya! If something happens to her, it will be the end of me! Ba'ad mesti buat sesuatu!"

Jeem dan Sheen memasuki bilik rawatan milik Saad dalam keadaan yang bingung. Jeem lantas mendapatkan Saad yang sedang berpaut kepada bonda mereka. Jeem turut menukarkan pautan Saad kepada tangannya.

"Kenapa ni ma? Ba'ad?" Soal Jeem, dia melihat tangan Saad yang tidak lagi bersambung dengan drip.

"I have to go, please, please. Dia dalam bahaya." Tangis Saad. Kolar baju milik Jeem dia genggam dengan ketat. Dia sedaya upaya untuk keluar daripada ruangan rawatan. Saad seperti orang gila! Bagaimana kalau semua sudah terlambat? Bagaimana jika dia kehilangan Sierra buat kesekian kali? Ah. Dadanya sakit yang teramat sangat.

"Siapa yang dalam bahaya? The girl in the pictures ke?" Tanya Jeem lagi.

Saad hanya mengangguk. Mata Jeem dia lihat dengan rayuan.

"We have to go now Ba'eem, we have to help her. Dia tak bersalah dalam hal ni."

Mahu tak mahu Jeem segera memanggil Irfan dan Fitri masuk ke bilik rawatan. Pagi ini dia dikhabarkan dengan penemuan nota berdarah yang berisi dengan gambar-gambar seorang gadis daripada Hari Batik Negara.

Gadis itu Sierra. Gadis yang bekerja dekat TraBatikMy. Tapi apa kaitannya dengan Saad... dan mereka?

Nota berdarah pula sudah diberikan kepada pihak polis sebagai langkah berjaga-jaga. Rakaman CCTV pula tidak memberi kerjasama kerana kawasan kereta Saad berada pada bahagian titik buta.

Siapa yang sedang mengancam Saad dan Sierra? Dan kenapa mereka berdua yang menjadi sasaran? Kenapa Saad... harus bertegas bahawa Sierra dalam bahaya?

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now