6 | Apa yang sedang terjadi?

19 4 0
                                    

Saad Abdul Wakeel cuba membuka matanya yang pedih namun dia masih tidak berjaya. Terasa seperti badannya terlalu berat untuk berenang ke dasar tasik. Dia... kini bertentangan mata dengan si lelaki bertopeng yang memaparkan wajahnya. Saad cuba untuk mengingat di mana dia pernah melihat si gerangan lelaki tersebut namun dia tidak berjaya.

Si lelaki asing cuba untuk mencapai Saad Abdul Wakeel yang cuba untuk berenang ke dasar tasik. Kedua-dua mereka sedang sedaya upaya untuk menarik satu sama lain daripada kembali ke dasar.

Sebanyak manapun mereka berdua cuba untuk kembali ke dasar tasik, mereka berdua tetap tidak berjaya.

Sekali lagi Saad melihat ke arah si lelaki yang asing, psiko! Memang lelaki tersebut psiko, dalam air pun 'dia' masih tersenyum. Walhal oksigen buat mereka berdua kian hilang kerana air makin masuk dari rongga hidung mereka.

Masa kian suntuk.

Sehingga suatu ketika di mana mereka berdua tidak lagi berupaya untuk berlawan. Kedua-dua mereka kian hanyut daripada satu sama lain.

Adakah begini penamat hidup seorang Saad Abdul Wakeel dan si lelaki misteri?

Segala memori bermain dalam masa yang singkat dalam fikiran Saad. Memorinya bersama keluarganya yang tercinta. Tidak lupa juga memori bersama Sierra yang turut terpampang.

Dia takkan pernah lupakan senyuman Sierra.

Masanya juga kian suntuk. Matanya kian tertutup.

Sierra... maafkan saya.

Fikirnya. Dia takkan dapat kembali untuk mendapatkan keadilan buat Sierra. Tapi... sekurang-kurangnya pembunuh Sierra turut mati bersamanya. Mungkin...

"Ba'ad!"

Jerit satu suara yang tidak asing baginya. Siapa yang sedang memanggilnya? Nafasnya semakin sesak kerana rongga-rongga hidungnya sudah penuh dengan air. Kerongkongnya juga susah untuk mengeluarkan suara buat kali terakhir.

"Ba'ad!!!!!!"

Saad lantas membuka mata dan dalam posisi yang duduk. Dia turut mencari udara-udara yang hilang sejak beberapa minit yang lalu. Suaranya juga dicuba untuk memastikan yang tiada air sedang melaluinya.

Sheen yang mengejutkan Saad dari tidurnya hanya terpinga-pinga. Syaitan apa yang sudah merasuk abangnya?

Saad masih lagi mencari nafasnya. Lalu dia memandang tangannya dan wajah Sheen. Sejak bila Sheen ada bersama? Sejak bila Sheen pulang dari Scotland?

Lalu dia membelek-belek bajunya. Kering. Bajunya kering. Yang basah cuma dahi dan bahagian lehernya akibat berpeluh. Nafasnya yang dia cari dari tadi kini sudah kembali dan semakin normal. Bukankah dia lemas tadi?

"Ba'ad! What's wrong with you?????"

"Siapa selamatkan Ba'ad?"

"Hah? Ba'ad cakap apa ni?"

Sheen semakin keliru. Sejak bila Saad dalam keadaan yang bahaya?

"I was drowning, Ka'een. I was... drowning."

"No you weren't! You have been sleeping since this morning."

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now