5| Tasik

21 6 0
                                    

Dia cuba untuk membuka matanya yang berat. Saad juga menggerakkan tangannya namun tidak berjaya. Matanya yang terbuka masih tidak dapat melihat, ada sesuatu yang menutup matanya. Pergerakkan mulutnya juga terbatas kerana terhalang oleh sesuatu yang berupa kain. Dia tidak mampu untuk menjerit dengan lantang.

Dia menggerakkan badannya dengan perlahan. Terasa seperti ada tali yang mengelilingi dia. Tali yang terikat sangat kuat sehinggakan badannya terasa sakit. Kepalanya juga seperti ada cecair yang sedang mengalir. Mungkin darah akibat daripada kemalangan tadi.

Dan ada bunyi kasut tebal yang menghampiri dia... seolah-olah berjalan ke kiri dan kanannya.

"Saad, Saad."

Suara itu berbunyi. Sangat asing baginya. Dia mengerutkan dahi untuk mengingat jika dia pernah bersemuka dengan suara tersebut.

"5 years in the best military school couldn't help you huh?"

Saad lantas terasa seperti ada tangan yang melucutkan kain pada mulutnya.

"Siapa kau?"

Soal Saad apabila dia menyedari kain yang menutup mulutnya sudah tiada.

Suara asing itu ketawa. 

Kemudian ada suara yang sangat Saad kenali.

"Tolong... tolong... jangan apa-apakan aku. Aku tak tahu apa yang kau nak!"

Itu suara milik Sierra? Bukan?

"Kau memang sial! Buka tali ni, buka! Buka semuanya, kau jangan jadi pengecut! Eh memang celaka lah!"

Raung Saad. Dia menggerakkan tubuhnya sedaya upaya supaya ikatannya terbuka namun apakan daya. Dia masih terikat dengan ketat. Kaki dan tangannya masih kekal tidak berdaya.

Lelaki tersebut turut melepaskan kain yang menutupi kedua mata Saad. Saad hampa tatkala kegelapan daripada kain tersebut memaparkan cahaya daripada bulan. Masih sedikit gelap dan dia sedari yang lelaki itu menggunakan topeng muka yang hanya memaparkan mata.

Manakala lelaki itu terus ketawa.

Dia memainkan lagi rakaman suara seterusnya.

"P-please..." rayu suara Sierra, terdengar seperti dia menangis teresak-esak.

Saad seperti orang hilang arah. Kelemahannya adalah Sierra. Dia seperti ingin meletus. Marah dan kesedihannya bercampur baur. Frustasi mula menghantui dirinya.

"Kau mesti nak tahukan macam mana keadaan Sierra pada detik-detik terakhir dia?" Ucap si lelaki bertopeng, dia meniru mimik gaya menikam Sierra bertubi-tubi.

"Kau memang sial!"

Kemudian, dia memaparkan gambar Sierra menggunakan telefon bimbitnya.

Gambar Sierra yang sedang tidur. Sama seperti gambar yang dia terima semasa majlis tahlil Sierra berlangsung.

"Siapa kau hah?! Apa kau nak?!"

"Kau tak kenal aku ke? Dan Aku nak keturunan kau mati!"

Saad mengetap bibirnya. Apa maksudnya? Dia kenal dengan si lelaki bertopeng?

Lelaki bertopeng itu tunduk untuk menatap Saad. Saad tahu yang 'dia' tersenyum disebalik topeng tersebut.

Tanpa berfikir panjang, Saad meludah ke arah mata lelaki bertopeng itu. Dengan serta merta 'dia' menggunakan belakang tangannya untuk membersihkan ludah Saad.

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now