12

13 1 0
                                    

Dia mencapai kot putih yang sedang bergantung pada penyangkut pakaian. Terkejut dia bila terbangun dari mimpi yang indah. Dia yakin, dia sudah mencapai impiannya untuk membunuh satu daripada keturunan Alif Shah dan si penyambung legasi. Bakal penyambung legasi si Alif Shah yang bernama Nur Sierra. Dia yakin...

"Sial betul. Macam mana aku boleh berada dekat sini semula?" Wajahnya diraup ganas. Nafasnya juga turun naik. Sudah berbulan-bulan dia merancang untuk menghabiskan mereka tapi kenapa... dia kembali kepada permulaan pertama?

Dia ketawa.

Dia terketawa.

Sia-sia sahaja dia merebut Sierra daripada Saad jika dia kini berada di masa lalu.

Sial.

Sial!

Tapi tidak mengapa. Dia akan kembali.

Dan dia akan hapuskan semua orang!

Termasuk Sierra sekali lagi. Dia akan pastikan kesemua keturunan Alif Shah merasakan kesakitan yang dia rasa selama bertahun-tahun.

Dia tersenyum sinis. Alif Shah. Dia akan bunuh Alif Shah sekali lagi.

-

"Ba'ad..."

Saad mendengus di dalam tidurnya. Dia mengucapkan kata-kata yang Ayn tidak faham. Ayn mendekatkan telinganya pada mulut Saad, dia cuba memahami sedikit demi sedikit sebelum dia meneruskan niatnya mahu mengejutkan Saad.

"Jangan sentuh Sierra..."

Ayn mengundur kebelakang. Nama Sierra lagi. Siapa Sierra sebenarnya? Kenapa Saad bertegas bahawa Sierra dalam bahaya?

"Ba'ad bangun!"

Mata Saad terbuka dengan mengejut. Dia segera bangkit dan mencari telefon bimbitnya.

2023.

Dia masih berada di tahun yang sama. Perlahan-lahan dia menarik dan melepaskan nafasnya dengan lega. Ah. Sierra masih hidup.

"Kenapa menjerit?"

"Ba'ad meracaulah dalam tidur." Jelas Ayn, dia mengambil tempat duduk di hujung bucu katil hospital. Sudah tiga hari berlalu sejak Saad berada di hospital untuk menerima rawatan.

"Really?" Kata Saad.

Dia bermimpi lagi. Dia bermimpi kehilangan Sierra di tangan orang yang sama.

"Yaaaa. By the way..."

"Hm?"

"Tell me who is Sierra. Dia nampak macam penting dalam hidup Ba'ad tapi Ba'ad tak pernah cerita pasal dia dengan kami semua."

DIa terdengar Sheen menyebut nama Sheen selama beberapa hari ini. Membuatkan dia turut tertanya-tanya siapakah gerangan nama Sierra.

Saad tersenyum.

You know her.

Kening Ayn terangkat. Menanti jawapan daripada mulut Saad dengan kesabaran. Dia mahu tahu kenapa Sierra selalu meniti dibibir Saad. Apa keistimewaannya dia? Dan kenapa Saad tidak memberitahu mereka bahawa dia mempunyai kekasih bernama Sierra?

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now