4 | Kemalangan

27 5 0
                                    


Saad memandang ke arah batu nisan milik Sierra. Masa berlalu begitu pantas, kan? Kini, sudah hampir 7 bulan sejak pemergian Sierra.

"Bidadari saya."

"I missed you so much."

Saad tersenyum sayu.

Kini... dia sudah tidak mampu mengalirkan airmata. Sesedih manapun dia, dia cuma mampu tersenyum.

Mungkin kerana dia sudah habis-habisan menangisi pemergian Sierra.

Ataupun... Saad sudah berdamai dengan takdirnya.

Dia sudah menerima dengan hati yang terbuka.

Bahawa...

Sierra akan tetap tidak bernyawa.

Biarpun dunia ini banjir dengan airmatanya dan tangisannya.

Sierra... akan tetap mati.

"Maaf sebab saya tak dapat lawat awak hari-hari. But I promised I will come here very often."

Dia menguis-guis batu pada kuburan Sierra.

Wajahnya mengukirkan senyuman.

"Oh ya... separuh daripada hasil kerja awak, we planned on doing charity with it. We, including your family, my family and your work friends."

"Design-design batik awak tu, we will do an exhibition, just like you have always wanted sayang."

"Kutipan duit daripada pameran tu akan disalurkan pada Yayasan Sierra untuk membantu sesiapapun yang memerlukan bantuan. Women and kids especially."

"Because it has been always your dream to help people in need and to exhibit your artworks to others."

"It will come true soon, sayang."

Saad mengelus batu nisan milik Sierra dengan lembut. Dia berdoa supaya arwah Sierra ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Setiap masa.

Setiap detik.

Dia akan terus menyayangi Sierra.

-

"Apa perkembangan kes bunuh Sierra, inspektor?" Soal Fitri sambil menghirup teh panas yang berada di hadapannya. Kemudian dia meletakkan gelasnya dengan perlahan, menanti jawapan daripada Inspektor Adam.

"Tiada bukti yang kukuh untuk menjatuhkan hukuman pada Man. Dan tiada siapa yang boleh kita tuding jari untuk dijadikan suspek utama."

"Lack of evidence."

Tambah Adam lagi. Tangannya diangkat ke udara menandakan bahawa kes Sierra memang tiada harapan.

Meskipun, Saad Abdul Wakeel bukan calang-calang orang tapi... tetap tidak dapat membantu kes ini untuk berlangsung.

Semua jalan sudah buntu.

Polis buntu.

Saad buntu.

Semua pihak buntu.

Lalu siapa yang boleh dipersalahkan?

-

Saad memperlahankan bunyi radio yang rancak mendendangkan lagu yang dia tidak tahu. Sambil-sambil dia melihat ke arah cermin hadapannya.

Dia perasan yang kereta ini... mengekori dia sejak tadi.

Mungkin kebetulan?

Dia rasa kereta ini, tadi ada di tanah perkuburan. Tapi tidak bergerak. Dan tidak pula dia sedar siapa pemandunya.

Dia menekan pedal minyak. Akal yang terlintas dalam kepalanya, kalau kereta hitam ini tidak kelihatan selepas dia melajukan kenderaan, maka terbukti bahawa kereta hitam ini hanya satu kebetulan.

Fuh, Saad menarik nafas yang lega apabila kereta hitam tersebut tidak lagi terlihat setelah beberapa minit.

Dia mengambil telefon bimbitnya dan segera mendail nama Fitri. Kini, jantung berdegup dengan pantas.

Dia menunggu beberapa deringan sebelum Fitri menjawab panggilan.

"Ya Tengku?" Kata Fitri ditalian.

"I think a car is following me..."

"Shit! Tengku berada di mana sekarang? Nombor plat kereta tu, Tengku nampak tak?" Kata Fitri. Dia tidak bersama Saad kerana Saad mahukan masa bersendirian untuk melawat kubur Sierra. Dia baru sahaja pulang dari bertemu Inspektor Adam untuk bertanya tentang perkembangan kes Sierra.

"I sent you the live location... and no... kereta ni tiada nombor plat. Tinted gelap. Model rush."

"Okay, Tengku jangan panik. Keep on driving until you find the rest area. I am on my way to you."

"Okay."

Belum sempat dia menekan pedal minyak untuk melajukan kereta, kereta hitam tersebut sudah terlebih dahulu memecut laju dan memintas kereta Saad secara tiba-tiba. Kereta hitam tersebut melanggar sisi kereta milik Saad sehingga membuatkan kereta Saad kehilangan kawalan.

"Tengku!" Jeritan Fitri ditalian dapat kedengaran sebelum panggilan termati.

Tidak cukup sekali, kereta hitam tersebut melanggar lagi sisi kereta Saad sehinggakan Saad hilang kawalan sepenuhnya.

Lantas, beg udara menghempap dada Saad dengan kuat sebagai tindakbalas.

Kini... keretanya terbabas ke dalam sebuah gaung.

Dia sempat membuka mata sebelum pandangannya menjadi gelap.

Tak mungkin semuanya akan berakhir seperti ini kan?

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now