1 | Sierra.

89 6 0
                                    

"It is both a blessing, and a curse to feel everything very deeply."

-

Kediaman Istana Negeri Indera

"Assalamualaikum..." Ucap Nash ditalian. Tidak pernah Nash menelefon Saad, selalunya hanya bertanya khabar dengan dia melalui chat daripada Aplikasi W.

"Waalaikumusalam, ya Nash?"

"Tengku ada tengok berita? Umi ada call Tengku tak?" Tanya Nash lagi. Suaranya kedengaran seperti bergetar. Seolah-olah menahan dirinya daripada menangis.

"Berita pagi tadi dah tengok. Tengahari belum. Kenapa ni Nash? Umi ada call tadi tapi tak terangkat."

"Kalau Nash bagitahu... Tengku cuba bawa bertenang ya."

Kali ini Nash sudah tersedu-sedan. Takungan air mata yang dia tahan dari tadi sudah pecah. Tidak sanggup mahu memecahkan berita sedih untuk Saad Abdul Wakeel.

"Hah kenapa ni? Cuba bawa bertenang, Nash. Tell me, what happened?" Soal Saad pula. Kali ini dia sudah gelisah.

"Tengku! Tengku!"

Saad memberhentikan bodyguardnya yang memasuki ruang bilik. Dia menyuruh Fitri untuk berdiam sekejap dengan meletakkan jari telunjuk pada bibir.

"Sierra... Sierra dah takda."

"What do you mean dia dah takda?"

"Apartment dia terbakar pagi tadi, dia ada dekat dalam apartment tu!"

"Awak ada dekat mana sekarang?"

"Saya dalam perjalanan ke HKL..."

Saad segera mematikan panggilan telefon daripada Sham. Dan dia segera berpaling kepada Fitri.

"He is joking right?"

Fitri dengan serba salah menggelengkan kepalanya.

"Maafkan saya. Tapi Sierra... Sierra ditemukan tidak bernyawa pagi tadi."

Sejak semalam dia tidak dapat menghubungi Sierra selepas mereka bertemu. Apa yang terjadi selepas itu? Tak... tak mungkin kan? Segala memorinya bersama Nur Sierra segera terpampang dalam ingatannya. Selepas bertemu dengan Sierra dia dan Fitri segera pulang ke Istana kerana dia perlu menemani abangnya ke sebuah majlis rasmi pada waktu tengahari.

-

"Hasil post-mortem pada badan Nur Sierra binti Arman menunjukkan bahawa ada kesan tikaman pada badan beliau. Kebakaran pula terjadi melalui bahagian dapur, jiran-jiran terdengar bunyi dentuman dan asap yang berkepul-kepul keluar daripada bahagian tingkap bilik mangsa. Mengikut hasil siasatan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Sesiapa yang ada ternampak ataupun tahu maklumat tentang kejadian ini, saya mohon untuk anda tampil membantu siasatan." Ucap Inspektor Adam kepada wartawan-wartawan yang hadir.

Kes Nur Sierra mendapat perhatian ramai kerana dia merupakan tunang kepada anak mantan Sultan dari Negeri Indera. Dan suspek kepada kes ini... Saad Abdul Wakeel. Kes yang berprestij tinggi kerana...

Tengku Saad Abdul Wakeel orang terakhir yang berjumpa dengan Nur Sierra. Orang yang terakhir nampak Nur Sierra masih bernyawa.

-

Balai Polis Kuala Lumpur

"Pada waktu kejadian, Tengku berada di mana?"

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now