8 | Pertemuan Kedua

18 5 0
                                    

"Aku mencintaimu, selalu."

Dia menarik nafas yang panjang sebagai tanda yang dia gemuruh. Mahu tak cukup nafas dia setelah tiga bulan mempersiapkan hiasan batik-batik untuk diperagakan sempena Hari Batik Negara. Dia turut menyapu sisa-sisa biskut yang ada pada tudungnya.

"Mak aih, makan tak ingat dunia." Getusnya dalam hati. Kemudian dia membetulkan landyardnya. Daripada senget, dia luruskan sedikit. Tag namanya juga diluruskan.

"Tak sabarnya nak majlis ni habis." Bisik Qistina. Dia memperbetulkan baju kurungnya yang sama persis seperti Sierra. Cuma digayakan dengan tudung yang berbeza.

"Samalah. Aku nak cukupkan tidur aku sebulan."

Mereka berdua ketawa. Tadi majlis sudah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan sekarang tinggal menunggu giliran mereka dilawat oleh sesiapa sahaja. Memandangkan booth mereka paling hujung, mereka menerima pengunjung yang sedikit. Mungkin sebab orang sudah penat apabila sampai ke giliran mereka.

Eh. Qistina menguis lengan Sierra menandakan ada satu rombongan yang akan datang. Dia dari jauh dapat melihat CEO mereka berjalan seiringan dengan rombongan tersebut.

Turut mengekori mereka beberapa orang daripada media tempatan. Mereka mengambil video dan gambar untuk didokumentasikan.

Lantas Sierra, Qistina dan dua lagi staff mereka berbaris mengambil posisi. Sierra si pereka batik, Qistina si operational manager yang turun padang untuk menyakinkan pengguna tentang produk batik mereka yang berkualiti. Dan Azhar dan Laila yang menjaga booth jualan mereka meskipun jualan agak kurang. Hari ini hari kedua mereka berada di sini dan mereka akan bertapak selama 3 hari lagi.

Qistina dan Sierra pula hanya akan datang pada hari ini. Sempena perasmian Hari Batik Negara. Mereka berdua menemani bos mereka yang dari tadi menghilang entah ke mana.

Rupanya dia sibuk meluaskan rangkaiannya.

Sampai sahaja CEO mereka ke booth mereka, Hurairah mengenalkan Sierra dan Qistina kepada Tengku Jeem yang dikelilingi oleh beberapa orang pengawal keselamatan.

Tidak lekang juga dengan ketikan kamera daripada media-media yang ada. Silau weh!

"Sierra, Qistina, ini Ke Bawah Duli Tuanku, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Indera, Tengku Jeem Abdul Awwal daripada Negeri Indera. Tuanku sangat berminat dengan design batik-batik kita. Tuanku saya perkenalkan ini Nur Sierra, saya punya pereka batik. She is the best in designing for our company. Ini pula Qistina, she is our operational manager. She is in charge of our product quality. Fun fact about us, we only produce the best quality of batik in Malaysia."

Tengku Jeem tersenyum, Sierra? Macam pernah dengar nama tu. Dia segera berpaling kepada Saad yang berselindung di belakangnya.

"Sounds familiar lah nama tu." Bisiknya kepada Saad. Dia bukan seorang yang pelupa. Dia yakin Saad pernah menyebut nama itu.

Qistina hanya tersenyum, begitu juga dengan Sierra. Mereka berdua tunduk sebagai tanda hormat kepada Tengku Jeem.

Sierra seperti pernah nampak dengan lelaki yang sedang berbisik dengan Tengku Jeem. Hah mungkin pernah nampak dekat internet. Katanya dalam hati.

Qistina pula sudah tersengih-sengih seperti kera busuk. Anak raja depan mata! Memanglah dia auto control ayu. Mana tahu salah satu daripada anak raja ini berkenan dengan dia. Ceh wah.

Tengku Jeem dan Hurairah masih berbual-bual tentang jenis textile dan jenis batik yang mereka sedang peragakan. Hurairah menjelaskannya dengan senang hati. Dia gembira jika ada orang yang berkenan dengan batik Malaysia.

Bawa Dia KembaliWhere stories live. Discover now