EPISOD 9

268 27 2
                                    

"S

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"S... Saya?" Aku tersentak dengan apa yang baru ku hadamkan. Pakngah pandang paksu, paksu pandang pakngah, kemudian mereka kembali memandang diriku. Lantas mereka mengangguk.

Aku pula? Aku lantas mengalih perhatian memandang Woon yang bersandar bahu di salah sebuah kayu yang berada di hujung ruangan bilik latihan martial arts.

Dia tersenyum bangga ke arahku. Bahunya dijongket tanda dia tidak kena mengena dengan keputusan yang baru dibuat pakngah dan paksu.

"T...api.." Aku belum habis. Ayatku sudah dipotong dulu. "Keputusan ini, dah dibuat dengan pihak atasan Keluarga Dae. Kami semua setuju untuk jadikan Dalisha sebagai ketua pembimbing seni mempertahankan diri yang baru."

Aku? Ketua pembimbing seni mempertahankan diri? Aku pun sudah ingat-ingat lupa teknik hebat mempertahankan diri yang pernah ku pelajari semasa di Itali, macam mana sekarang ini?

"Tapi..." Sekali lagi, aku yang baru hendak mengomel, dipotong. "Saya setuju. Awak kan anak cucu keluarga Zandero. Mesti awak mahir dalam martial arts. Kami kekurangan pembimbing sejak ketiadaan Maklong Dae Na. Harap awak tak keberatan?"

Woon pula berkata-kata. Dia mulai menghayun kaki galah itu mendekatiku. "Paksu, pakngah, Woon, sebenarnya..." Aku menggaru kepalaku yang masih berbalut dengan tudung jersey shawl.
"Sebenarnya, berkenaan tu... Saya ada masalah." Akhirnya barulah aku lepas bicara.

Malaysia,
Teratak Emas, Cheras.

Vivian memutarkan pen menggunakan jari runcingnya. Sudah beberapa kali dia kekal dalam situasi itu. Mengapa? Ya, kerana dia sendiri buntu tidak tahu apa lagi yang boleh dibuat untuk menjejaki Cik Dalisha yang dia sendiri tidak tahu siapa.

Tiba-tiba dia yang bersandar layu di kerusi kerja, terus menegakkan posisi badan. Yalah, siapa Cik Dalisha ini pada Tuan Ryan ya? Beria betul Tuan Ryan cari dia. Pentingkah dia ni? Musuh? Atau rakan? Jangan-jangan kekasih hati. Isteri? Wahh! Banyaknya kemungkinan yang sedang berlegar di dalam fikirannya yang memang sedang serabut itu.

Pap!

Terkebil-kebil mata hitam berkilat itu, melihat sebungkus plastik berwarna merah yang di dalamnya mempunyai polisterin putih, yang sering digunakan untuk mengisi makanan, kini diletakkan di atas meja betul-betul di hadapannya.

Dia mengangkat kepala memandang si jejaka yang meletakkan plastik bungkusan itu. Aster. Dia masih berdiri di hadapan Vivian.

"A..apa ni?" Soal Vivi sedikit keliru. Dia menggaru kepalanya yang masih kekal disorokkan oleh topi. "Makanan. Tadi aku keluar beli kabel telefon, kabel aku rosak. Kebetulan tu, teringat kau tak makan apa-apa tadi. Jadi aku belilah nasi goreng."

Vivian yang mendengar itu, seakan tidak percaya. Aster? Aster belikan dia nasi goreng sebab tahu yang dia tidak makan apa-apa? Mulutnya yang sedikit ternganga akibat terkejut, lekas dikatup kembali. Saat itu, Aster sudah bergerak ke mejanya bersama dengan kotak kabel telefon yang dibelinya.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now