EPISOD 6

269 19 3
                                    

Angin bertiup tenang membawa terbang kelopak bunga berona merah jambu lembut itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Angin bertiup tenang membawa terbang kelopak bunga berona merah jambu lembut itu. Sekali-sekala, ada kelopak-kelopak bunga sakura, menyinggah ke badanku yang berlapikkan coat anti sejuk yang tebal.

Aku memejam mata seketika membiarkan wajah mulusku, terus menerima tamparan angin dengan manja. Nafas aku tarik dalam sebelum memulakan proses exhale. Sebaik aku selesai menghirup udara nyaman di bandar Jeonju pada musim sakura ini, aku kembali membuka mata coklat cairku.

Keadaan kawasan sekeliling, mula menimbulkan rasa musykil dalam hati. Aku pandang ke arah Paksu Dae Hyun yang baru keluar dari tempat duduk bahagian memandu kereta miliknya.
Tidak lama selepas itu, aku turut memandang Han yang juga baru keluar dari kereta papanya.

Oh ya, sebaik penjelasan ringkas berkenaan arwah mama diberikan padaku di kedai makan yang terletak di sekitar kawasan pekan Jeollabuk-do tadi, kami, iaitu aku, Paksu Dae Hyun juga Han, mula bertolak membawa ku ke kawasan Wansan-gu. Dimana terletaknya, Omokdae-gil, iaitu tempat di mana, rumah peninggalan arwah mama dialamatkan.

Kawasan yang sangat indah. Tidak pernah aku sangkakan mama pernah tinggal di tempat seindah ini. Sejak aku tiba di Jeonju, aku sangat terkesima dengan keadaan konsep reka bentuk yang digunakan bandar ini. Mereka sengaja mengekalkan rekaan rumah serta pembinaan mana-mana bangunan dengan konsep tradisional masyarakat tempatan negara Korea.

Aku suka, sebagai seorang anak berdarah kacukan negara ini, aku turut merasa bangga mengetahui yang orang Korea rupanya masih mengingati tradisi mereka walaupun dunia kini kian semakin maju dan hampir menguburkan konsep pembinaan tradisional zaman dahulu.

Aku kini mula menegur Dae Hyun yang nampaknya sedang menayangkan wajah serius, entah apa yang buat dia serius sangat, padahal tadi elok saja bercerita denganku mengenai kisah lama sejarah keluarga Dae yang aku tidak pernah kenal dan tahu.

"Paksu, betul ke rumah mama tu ada dekat sini? Macam tak je.." Aku menilik sekeliling lagi. Biar betul rumah ketua mafia keluarga Dae yang sering menjadi tempat pertemuan ahli kongsi gelap ada dekat tempat tenang begini? Mafia kan suka bergaduh, kalau mereka bergaduh tak ke kecoh bandar indah ini? Aku menggaru kepalaku yang masih kemas dibaluti tudung.

Aku mengerut dahi apabila perasankan kehadiran sebuah kereta... Eh bukan, nampak macam van, eh, tak juga....Haih, entahlah, aku tak tahu kereta ke van, tapi ianya kelihatan mewah.

Sebuah kereta berukuran panjang dari kereta biasa, panggil kereta sajalah, yang berwarna hitam metalik, termasuk bahagian cerminnya sangat gelap. Aku lihat Dae Hyun sudah mendekati kereta itu. Eh, soalan aku tadi, dia tidak jawab lagi.

"Kak, here," panggil Han tiba-tiba. Sibuk aku memerhatikan paksu ku, sampai aku tidak perasan bila masa Han juga mendekati kereta panjang tersebut. Aku lantas pergi ke arahnya. Dia membukakan pintu kereta panjang itu dengan menyeret pintunya ke tepi untukku.

Aku terkebil-kebil. Lantas aku silih berganti memandang dia dan Dae Hyun yang kini sudah berada di sisi anaknya. "Where are we going?" Soalku sedikit gelisah. Sejak kes aku diburu Giovanni, masalah trust issues aku menjadi-jadi.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now