EPISOD 1

685 47 8
                                    

Luka lama? Benda itu sentiasa terpahat di benak fikiranku tidak kiralah untuk berapa dekad pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luka lama? Benda itu sentiasa terpahat di benak fikiranku tidak kiralah untuk berapa dekad pun. Datuk ku memang nak bunuh aku kah? Dia memang akan bunuh diriku? Walaupun aku ini cucunya?

Sudah tentulah bukan.

Aku hela nafas agak berat. Tertekan sebenarnya. Telefon aku pandang beberapa kali. Sudah hampir dua tiga kali juga ianya berdering.

Panggilan pula datangnya dari orang yang sama. Malaslah aku hendak jawab. Banyak lagi benda-benda penting yang perlu aku fokuskan sekarang.

Ting!

Qiura:

Assalamualaikum Kak
Dalish..

Qiu nak bagitahu,
harini Qiu dah selamat
nikah balik dengan suami
Qiu, Edwis.

Majlis semua
berjalan lancar, alhamdulillah.

Tapi..
Qiu harap sangat akak ada.

Apapun, akak jaga diri di
Malaysia. Ada masa kita
jumpa ya?

Bye kak.
Assalamualaikum.

Bibir tanpa disedari membentuk segaris senyuman tawar. Tahniah Qiura. Aku bukan tidak mahu datang ke majlisnya, tetapi, aku tidak boleh.

Aku akan ragut nyawa sendiri jikalau aku bodoh ikutkan juga dan hadir ke majlis akad nikah itu. Aku tidak mahu kerana diriku, majlis dia dan suaminya hancur.

Tubuh direbahkan di atas permukaan katil di dalam bilik motel kecil ini. Tempoh hari, aku di kampung arwah mama. Malang, saat aku tidur rumah itu dibakar.

Tepat jam 2.00 pagi, aku perlu bergegas menyelamatkan diri daripada api yang membakar terus seluruh rumah itu dalam sekelip mata. Aku tidak perlu teka pun, aku sudah tahu. Datuk memang hendak aku mati.
Tidak puas lagi gamaknya dia hancurkan aku lima tahun lalu.

Aku tersentak sekali lagi. Deringan telefon. Lagi... Daripada orang yang sama. Apa dia mahu? Aku naik rimas. Akhirnya, skrin itu aku seret ke atas.

"Apa dia yang kau nak?"

"Dalish, awak dekat mana? Apa jadi dekat kampung awak? Betul ke rumah awak terbakar Rabu lepas? Bila? Kenapa tak beritahu saya? Awak dekat mana? Awak cedera tak?"

Entah berapa banyak soalan dia ajukan, aku tidak sempat kira pun. Apa yang pasti, tiada walau satu pun daripada banyak-banyak soalan itu, aku rasa hendak jawab.

"Tak ada apa. Jangan kacau boleh?"

Tut.....

Talian aku putuskan. Mata dipejam rapat. Aku matikan telefon bimbit untuk seketika. Tidak mahu lagi menerima gangguan dari sesiapa.

Lagipun, tanpa alat komunikasi, itu akan jadikan kerja datuk untuk jejak aku, lebih sukar.

••••••••••••••••••••••••••

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now