EPISOD 11

222 23 4
                                    

"Tak boleh ma, Ian sibuk," sambil laptop di hadapan mata sibuk mengakses maklumat yang baru diserahkan oleh anak-anak buahnya, telefon dilekatkan pada telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak boleh ma, Ian sibuk," sambil laptop di hadapan mata sibuk mengakses maklumat yang baru diserahkan oleh anak-anak buahnya, telefon dilekatkan pada telinga.

"Wah, sekarang nak suruh balik pun dah tak boleh ya? Apa kerjanya yang Ian buat kat sana?" Ryan tidak lepas dengan keluhan.

"Mama, boleh tak kalau kita bincang nanti? Mama bukan tak biasa berjauh dengan Ian, bertahun Ian duduk Turki kerja dengan Tuan Edwis, daripada Tuan Edwis tu bujang, sampai dia kahwin, sampai dia ada anak kembar, sampai dia bercerai dengan isteri dia, rujuk pula balik, lastly sampai anak dia tiga orang, bertahun ma.."

Ryan mengambil nafas sebelum menyambung.

"..bertahun lamanya, mama tak ada pula desak Ian asyik suruh balik macam sekarang?" Ada bunyi tidak puas hati dalam suara itu.

"Sebab dah bertahun lama mama biar aje Ian macam tu, tapi sekarang mama tak nak Ian jauh lagi dari mama. Ian anak mama, tak akan mama nak ada dekat dengan Ian pun Ian nak pertikaian?" Tania kedengaran sangat marah di balik corong telefon itu.

"Mama kenapa sebenarnya?" Ryan bersandar resah di kerusi kerja pejabat rumah yang luas di tingkat tiga. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena di sini.

"Mama..."

"Hmm? Teruskan," pinta Ryan menanti sambungan. Dia cuba sehabis baik agar dia tidak tinggikan suara dengan wanita yang bergelar mamanya itu.

"Mama tahu Ian sembunyikan sesuatu dari ma kan? Mama tahu Ian tengah cari anak cucu keluarga Zandero tu kan? Budak Dalisha tu kan? Ian... Apa gunanya Ian buat semua ni?"

Ryan tersentak. Macam mana mama boleh tahu?

"Iyna pinjam laptop Ian sebab laptop dia rosak masa nak pergi kelas. Balik dari universiti, dia bagitahu mama, dia tak sengaja terbuka salah satu fail yang Ian simpan dalam tu, fail tu pasal Dalisha Diandra Zandero. Apa semua tu Ian?"

Ryan picit pelipis kiri dan kanan. Runsingnya Ya Allah!

"Ma... Jangan ganggu Ian."

Suara dia sudah berubah. Nampaknya usaha untuk tidak naik suara dengan mamanya tadi, macam hampir gagal.

"Mama tak mahu Ian terlibat dengan dia. Cukuplah Ian buat dosa sebab dia." Ryan geleng kepala dengan kata-kata itu melalui corong telefon mahalnya.

"Sebab apa yang Ian buatlah, Ian cari dia sekarang ni ma.. ma.. tolonglah, restulah apa yang Ian tengah usahakan ni, Ian nak tebus silap Ian sebab sentuh dia, kalau Ian jumpa dia, Ian nak jadikan dia isteri Ian, dan kalau mama nak tahu, memang Ian dah lama sedia untuk memperisterikan dia lepas kitorang jumpa semula dulu."

Tut...

Talian diputuskan. Dia campak telefon pintar ke permukaan katil empuknya. Tidak sanggup lagi nak layan dan lawan cakap mama kerana dia tahu dia akan berdosa, tapi nak buat macam mana? Mama tak beri dia peluang langsung untuk tebus silapnya itu. Dia... Terpaksa.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now