EPISOD 17

172 22 3
                                    

Laptop di riba, silih berganti dipandang dengan telefon pintar di atas meja berhadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Laptop di riba, silih berganti dipandang dengan telefon pintar di atas meja berhadapannya. Sementara itu juga, ekor mata, melawat susuk di kiri yang sedang lena dengan dengkuran halus di atas permukaan sofa.

Vivian.

Lihat dari gayanya semasa tidur itu saja, Aster sudah mengagak yang dia lelah. Aster leka menilik wajahnya. Dalam tidak sedar, laptop kini ditinggalkan di atas meja bersama skrin yang masih menyala.

Dia menghayun kaki menghampiri susuk lena itu. Sebelah lututnya diturunkan mencium lantai, manakala sebelah lagi, digunakan untuk menongkat lengan.

Angin kipas di atas mereka yang bertiup, buatkan rambut Vivi yang masih diikat dalam sanggul serabai, terbang sedikit mengganggu wajah.

Aster lekas kemaskan rambut itu. Dia perlahan cuba tanggalkan getah rambut Vivi yang dilihat, seakan menggangu pembaringannya.

Lerailah rambut tersebut dengan begitu anggun. Terbit sebuah senyuman nipis di bibir. "Kau ni... Buat aku angau lah Cina gila," bisiknya dengan nada gurauan sendiri.

Vivi terus lena. Sesekali kelihatan wajahnya berkerut apabila dia bergerak-gerak cuba membetulkan posisi tidur. Aster tebak mungkin disebabkan oleh luka di bahunya itu.

Aster sudah balutkan dan suruh dia berehat. Namun dia masih resah. Sebenarnya, dia pun tidak faham mengapa. Walaupun luka itu tidak parah, lihat Vivi berdarah buatkan dia naik angin.

"Shh... Shh..." Dia menepuk lengan Vivi dengan harapan rakan sekerjanya itu akan tenang. Dan dalam beberapa saat kemudian, Vivi kembali bersama dengusan halusnya. Comel.

"Rest well," bisik Aster. Dia mengusap lembut sisi wajah putih yang sebenarnya sangat cantik di mata. Dia sedang jatuh cinta ke apa ni?

Bunyi notifikasi.

Kepalanya kembali dilarikan ke arah laptop. Lupa pula dia ada kerja. Dia buka e-mail yang baru sampai.

Daripada akaun asing. Dalam bahasa Itali. Mulutnya terkumat-kamit membaca apa yang disampaikan.  Dia bertukar serius.

Lekas dia capai telefon. Dia lihat pesanan yang dia hantar kepada bosnya, masih belum dibaca, apatah lagi dibalas. Jiwa semakin gelisah dan resah.

Ryan.

Bos, bos kena jaga-jaga dekat sana... Vivi baru tangkap this one guy who came up to your house, saya rasa Giovanni dah tahu yang bos cuba jejaki dia.

"What the heck?" Dia sedikit keliru apabila nombor Ryan yang cuba didail, tidak berjawab. Mana bosnya ini? Jangan kata ada sesuatu yang jadi?

Ini misi rahsia dan peribadi, dia tidak boleh minta tolong ahli Guns Empire yang lain. Dia boleh dikenakan tindakan kerana membocorkan misi rahsia.

Aduh, apa dia nak buat ni? Macam mana kalau bos betul-betul terlibat dengan masalah dia negara Korea tu?

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now