EPISOD 4

258 24 2
                                    

"A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"A..apa ni?" Aku terkebil-kebil dengan kad bersaiz kecil yang diserahkan oleh Daniela. Aku mengangkat wajah memandangnya selepas puas menilik kad itu. "Alamat rumah peninggalan Aunty Dalia. Sebelum papa kau meninggal masa kau lari lapan tahun lepas, dia serahkan alamat tu pada aku. Dia amanahkan aku untuk beri kau alamat rumah tu."

Aku yang mendengar penjelasan, kini kembali menilik tulisan suatu alamat rumah yang bertempat di Korea. Ini agak mengejutkan, aku tidak pernah tahu mama ada rumah di negara ini.

Ya, asal usul mama memang berkacukan darah Melayu-Korea, namun, aku cuma mengenali mama sebagai wanita melayu yang hidup sebatang kara. Apabila aku terima alamat rumah ini, aku tidak rasa mama sebenarnya sebatang kara masa dia berkahwin dengan papa.

Otakku mula giat berfikir. Papaku, Biagio Zandero, anak lelaki pertama kepada Giovanni dan Bella Zandero, sekufu dan mempunyai pertalian darah dengan ahli-ahli mafia tersohor di negara Itali, mama? Nur Dalia Abdullah, hanyalah seorang gadis melayu biasa. Persoalanku, bagaimana gadis melayu biasa boleh diterima di dalam keluarga besar yang terdiri daripada ahli mafia tersohor negara kelahiran ku itu?

Zandero Italian Mafia Group.

Betulkah mama cuma gadis melayu biasa? Atau aku perlu tukar soalan, siapa mama sebenarnya? Aku tidak pernah bertanya tentang cara perjumpaan atau mengambil tahu asal usul ibu bapaku, menjelang usia 12 tahun, baru aku diperkenalkan dengan legasi keluarga belah papa. Itupun atas kehendak datuk.

Ya, kerana dia mahu aku yang meneruskan legasinya nanti. Malangnya bagi dia, aku memilih agama berbanding keluarga. Dan kini, satu demi satu ujian datang menimpaku.

"Mama ada rumah di sini? Kau biar betul?" Sambil aku membetulkan anak-anak rambut yang terkeluar daripada balutan tudung ku, aku bertanya kepada Daniela. 

"Aku sendiri tak tahu. Lepas aku berhenti dari berkhidmat sebagai tentera rahsia di Amerika, aku balik Itali, masa tu, kau dah hilang. Bila aku jumpa papa kau, dia bagi aku alamat tu. Seolah dia tahu yang hal hari ini, berkenaan Giovanni akan buru kau, akan terjadi."

Aku terus mencantum dahi sedikit kurang faham. "Apa kena mengena hal tu dengan alamat rumah ni?" Soalku langsung. "Mungkin Uncle Biagio nak kau pergi sana. Mungkin ada orang yang sedang menanti kau di sana. Mungkin orang tu boleh tolong kau."

Daniela membuat spekulasi. Aku tidak membantah. Dalam keadaan sekarang, aku rasa aku mahu percaya pada spekulasinya. Aku tidak pernah kenal keluarga mama yang di belah Korea, mungkin alamat rumah ini ada kena mengena dengan kebenaran berkenaan asal usul mama.

Aku bergerak lantas merapati Daniela. "Jadi... Kemungkinan besar aku boleh larikan diri ke alamat rumah ni?" Dia mengangguk, rambut panjangnya yang sudah sedikit serabai akibat berlari sepantas kilat tadi, dibetulkan sedikit.

"Kalau tengok dari kad ni, aku tak rasa rumah tu rumah biasa. Itu buatkan aku tertanya-tanya siapa mama kau sebenarnya. Mungkin ini masanya kau sekali cari tahu tentang Aunty Dalia."

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now