EPISOD 19

172 20 1
                                    

Daniela mendesis kecil saat bahagian pergelangan tangannya yang tercacat dek luka, disapukan ubat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daniela mendesis kecil saat bahagian pergelangan tangannya yang tercacat dek luka, disapukan ubat.

Woon terus angkat kepala. Wajahnya risau. Risau? Dia risau? Daniela berbisik sendiri.

"Sakit?"

"Tak."

Woon terus hamburkan tawanya. "Tak tapi kerut dahi? Should we go to the hospital?"

Lekas Daniela menggeleng. "Luka sikit je," bidasnya kembali. Woon menggeleng-gelengkan kepalanya sebaik dia selesai menyapukan ubat luka itu pada setiap kawasan wajah dan tangan Daniela yang tercedera.

Dia tutup kotak peti kecemasan. Sebaik itu, salah seorang pembantu rumah di rumah dengan tema tradisional mewah ini, menyambut huluran peti kecemasan yang dihulurnya untuk disimpan semula.

"Kau ni, ego..." Daniela terkejut saat Woon tiba-tiba merapatkan jarak di antara mereka. Daniela rasa ada sesuatu mencuit hidungnya dan mata coklatnya mula terbundar luas apabila dia perasan benda yang mencuit hidungnya itu, adalah jari Woon.

"... Tapi comel."

Nanti. Pipi dia merah ke ni? Daniela hempuk bahu Woon. Dia lupa lengannya luka. Hal itu menyebabkan dia mengaduh sakit sendiri.

"Ha, kan dah sakit..." Woon mengejek pula. Akhirnya, dia hanya mampu menahan sebal dan memusingkan bebola matanya.




"DANIELA, kau ok?!"

Nada cemasku jelas kedengaran sungguh bimbang. "ZLS, they are here." Daniela menjawab sambil tanganya bergerak mengikat rambut panjang yang terlerai.

Aku lihat ada bahagian pergelangan tangan dan wajahnya yang luka dan tercalar. Nampaknya dia diserang.

"Diorang... Dah jumpa aku?" Intonasi sedikit mengendur sebaik tiba di hujung. Mereka jumpa aku. Apa lagilah bala yang hendak menimpa selepas ini?

"Aku tak rasa diorang ke sini sebab dapat  jejaki kau..." Serupa tergantung. Aku terus tatap wajah yang terluka itu kalau-kalau dia hendak melontarkan sambungan ayatnya tadi.

"... But maybe because of us. Mungkin Giovanni berjaya jejaki aku dan Ryan. Sebab itu mereka sampai sini. God, I don't know what to do."

Sepupuku itu nampak serabut. Aku tiada balasan. Aku sendiri tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan.

Pintu bilik dikuak membuatkan mataku teralih pada wajah jejaka Korea kacak yang tinggi dan bertubuh boleh tahan sasa.

Dia senyum memandangku. "Boleh saya masuk?" Aku angguk membenarkannya. Namun saat itu juga, aku lihat di belakangnya, ada satu lagi batang tubuh sasa yang lain.

Kali ini, dengan wajah ala-ala Eropah. Ryan! "Saya?" Tanyanya dengan wajah lebam yang dibuat-buat ceria.

"Tak boleh," jawabku laju. "Just come in, there's something we need to discuss." Daniela pula menyahut.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now