EPISOD 12

239 20 2
                                    

Barisan panjang itu dikelilingi oleh empat orang lelaki berpakaian Hanbok yang serumuran pak ngah dan pak su

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Barisan panjang itu dikelilingi oleh empat orang lelaki berpakaian Hanbok yang serumuran pak ngah dan pak su. Di hujung barisan, terdapat sebuah anak tangga besar yang membawa kepada lapik tempat yang berhiasi emas. Di situ, duduk lagi seorang lelaki. Dia ialah orang atasan yang aku bidik, paling tinggi pangkatnya.

Inilah, situasi di... Hari pemilihan. Atau semua ahli organisasi keluarga Dae kenali sebagai seongeo. Election.

Hari pemilihan ini, bertujuan untuk memilih ketua vila baru setelah sekian lama vila ini berada dalam tangan pemilik sementara. Iaitu Pak su Dae Hyun. Mahu tahu sesuatu? Aku sudah mulai faham mengapa aku dipaksa menyertai hari pemilihan ini.

Aku... Anak Dae Na. Anak kepada bekas pemilik tetap Villa Dae's. Sudah tentu aku automatik masuk jadi calon pemilihan. Calon kedua, Woon. Patutlah dia bukan main segak hari ini.

Berdasarkan apa yang aku baca dalam buku sejarah keluarga Dae, Woon memang layak memegang jawatan pemilik tetap Villa Dae's. Dia anak lelaki tunggal pak ngah, dia juga anak buah Dae Na.

Ya, orang yang ada kena mengena dengan Dae Na, peluang untuk mereka jadi calon pemilik tetap rumah ini, tinggi. Saat aku muncul sebagai anak Dae Na, calon-calon lain pakat tarik diri sajalah. Memang semua orang atasan nampak seperti mereka mahukan aku sebagai pemilik tetap rumah ini.

Ok, aku tiada masalah kalau mereka nak serahkan jawatan itu, lagipun itulah jawatan yang mama pernah galas dulu. Cuma, berdasarkan buku sejarah keluarga Dae yang aku baca tu, pemilik tetap La Villa Dae's, bermakna, dia ada tanggungjawab lain juga.

Pemilik tetap La Villa Dae's, perlu mengambil tempat dalam salah satu carta organisasi kegiatan rasmi ahli Dae's. Maknanya apa? Kerja haram. Kesimpulannya, sejak dari awal, semua ini sama saja dengan organisasi keluarga Zandero. Aku terperangkap buat kali kedua.

Aku kini duduk melutut di lantai, begitu juga Woon di sisi, dan 15 orang lagi calon-calon lain di belakang kami. Antara mereka, ada yang merupakan anak kepada sepupu mama. Ada yang merupakan anak sepupu kepada sepupu mama. Selain itu, antara mereka juga, semuanya berkena mengena dengan mama.

Pak ngah dan pak su aku lihat duduk di barisan belakang. Gong berbunyi. Tiba-tiba pintu ditolak luas. Saat ini, seluruh pekerja di rumah Dae, mula menapak masuk. Tidak, ruangan ini tidak kecil. Ianya luas. Seluas yang aku tidak tahulah ukurannya.

Kesemua di dalam bilik ini, mengenakan lengkap pakaian Hanbok kecuali aku yang bertudung dan berhoodie muslimah. Alahai, macam sesat betul.

Gong berbunyi untuk kali kedua. Pintu dikatup rapat kembali selepas kesemua pekerja-pekerja vila masuk. Aku perasan, ada di antara mereka yang belum pernah aku jumpa, memandang aku pelik. Kebanyakan di dalam vila ini, tidak semua mengetahui siapa sebenarnya aku.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now