36 | AM

12.3K 500 57
                                    

Setelah Alyssa selesai mandi, dia bergerak ke meja solek untuk merapikan rambutnya. Aryan datang memeluk Alyssa dari belakang.

"Sweetheart, tidur dulu boleh? Hubby nak keluar kejap. Ada hal" kata Aryan lalu mencium leher Alyssa sekali. Alyssa membalikkan tubuhnya.

"Hubby nak pergi mana? Lambat ke hubby balik?" Soal Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Tak ada lah lama sangat tapi tempat tu jauh. Hubby tak nak sweetheart tunggu sebab dah malam sangat nanti sweetheart mengantuk."

"Kalau macam tu jangan keluar." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Aryan tersenyum lalu tangan naik ingin memegang kepala Alyssa tetapi cepat-cepat Alyssa menunduk sambil menutup mata rapat. Tersentak Aryan.

Mungkin Alyssa ingat Aryan nak tampar pipinya. Aryan mencapai tangan Alyssa.

"Sweetheart tidur dulu. Tangan tu sakit lagi kan?" soal Aryan. Tangan kiri Alyssa diusap lembut. Berkerut kening Alyssa menahan rasa sakit di pergelangan tangannya. Kalau pegang sikit pun dah sakit memang teruk lah kan.

Aryan membuka laci meja solek itu lalu mencapai first aid kit. Ubat sapu dikeluarkan. Aryan duduk di kerusi meja solek itu lalu menarik lembut pinggang Alyssa duduk di atas ribanya.

Ubat disapu perlahan. Hatinya sakit melihat tangan Alyssa yang merah padam dan ada sikit tanda biru hijau itu. Dia meniup kesan luka itu lalu dicium sekali.

"Do you feel better now, sweetheart?" soal Aryan lembut. Alyssa mengangguk laju. Aryan tersenyum. Ubat disimpan semula.

Dia mendukung tubuh Alyssa ke atas katil. Comforter ditarik menutupi tubuh wanita itu. Ciuman dilabuhkan di dahi, pipi dan bibir Alyssa.

"Sleep tight, sweetheart. I promise I will come back as soon as possible" pesan Aryan lembut.

Alyssa memejamkan matanya rapat. Aryan mengusap kepala Alyssa. Dia menunggu beberapa minit untuk Alyssa betul-betul tidur nyenyak sebelum dia keluar.

Aryan tiba di markas mereka. Semua sudah lama menunggu Aryan. Dengan selamba Aryan melabuhkan punggung di sofa.

"April ada dekat hospital. ICU. Haniff dengan Fathi akan pantau dia" kata Afiq. Aryan memejam matanya sambil kepala disandarkan di belakang sofa. Langsung tidak berminat dengan kata-kata Afiq.

"Kau bernasib baik dia masih hidup. Kalau dia mati kita semua pun mati sekali kau faham tak?" Tegas Afiq berkata. Aryan tersenyum sinis.

Afiq mengeleng tidak percaya melihat abangnya yang langsung tidak peduli dengan apa yang telah dia lakukan.

"Aku dah dapat maklumat tentang Rico." Mendengar saja Fathi berkata begitu terus Aryan mencelik mata. Badan dibawa ke depan untuk mengambil file daripada Fathi.

"Dia ada dekat Malaysia sekarang. Dia dah berkahwin dengan seorang perempuan melayu. Juliana Aqilla." Terkejut Aryan apabila melihat gambar isteri Rico. Betina tak guna tu! Sungguh Aryan tidak sedar akan kehadiran Rico di situ. Kalau dia tahu dah mati Rico ditangannya.

"Hari ni dia ada attend satu event reunion dengan isteri dia dan aku pasti kau ada dekat event tu juga kan, Aryan?" soal Fathi. Majlis itu untuk semua bekas pelajar uni satu Malaysia jadi mesti isteri Aryan turut serta.

Aryan hanya diam sambil membelek file-file itu.

"Aku rasa Rico dah bukan macam dulu. Dia dah makin licik sekarang. Sampaikan hacker terhebat kita pun tak dapat nak kesan dia dalam masa singkat" kata Haniff seperti menyindir Fathi. Berkerut dahi Fathi.

"Kerja nak mengata aku je. At least aku function bukan macam dia. Tak function langsung." Bisik hati Fathi.

"Mana dia sekarang?" soal Aryan dingin.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now