06 |AM

16.5K 677 56
                                    

Ketika Aryan keluar dari tandas dia ternampak seorang lelaki sedang duduk di kerusi Aryan tadi bersama Alyssa. Dia memandang dari jauh sehingga lelaki itu beredar dengan senyuman lebar.

Aryan bergerak mendekati Alyssa.

"Siapa lelaki tadi? Ex kau juga?" soal Aryan dingin. Dia berdiri di sebelah Alyssa dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Alyssa yang sedang menikmati aiskrim mcflurry nya mendongak memandang muka dingin Aryan. Takut-takut Alyssa hulurkan satu surat yang lelaki tadi berikan kepadanya.

'Saya suka awak. Jom kita couple ni nombor saya 018XXXXXXX'

Kertas itu dironyokkan dengan bibir diketap rapat. Aryan pergi dari situ lalu Alyssa mengejar dari belakang. Alyssa kenal Aryan dari kecil jadi dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku kalau ada lelaki lain dekat dengan Alyssa.

Lelaki tadi sedang berada di atas motor bersama kawan-kawannya bergelak ketawa. Aryan mendekati mereka lalu kertas itu dibaling ke wajah lelaki tadi.

"Apa dia ni, bang? Boleh cakap elok-elok kan?" soal lelaki itu. Mereka memandang wajah Aryan tidak percaya.

"Lain kali kalau nak try mana-mana perempuan make sure perempuan tu single dulu. Jangan sesuka hati kau nak langgar je." Tegas Aryan berkata. Lelaki itu terdiam melihat wajah Aryan yang sangat menakutkan.

"Ingat semua perempuan single dalam dunia ni? Ingat semua perempuan kau boleh ajak couple macam beli sayur dekat pasar?" Tajam pandangan Aryan seperti mampu tembus ke dalam tubuh mereka. Terdiam membisu mereka. Ini baru ajak couple. Kalau dah couple mungkin hilang nyawa agaknya.

Aryan mengerling Alyssa disebelahnya sebelum bergerak pergi dari situ menuju keretanya. Lama-lama di situ mungkin akan jadi lebih teruk. Alyssa menunduk meminta maaf kepada mereka sebelum mengejar langkah Aryan.

"Aduh, dia dah ada boyfriend ke? Melepas lah aku!" Kawan-kawan lelaki itu ketawa kepadanya.

Aryan dan Alyssa diam lagi di dalam kereta. Setiap kali masuk kereta mesti diam dengan muka ketat dia. Alyssa menggengam erat tali pinggang keledar sebab Aryan memandu sangat laju.

Sampai di rumah Mansur pada pukul 11 malam. Alyssa melepaskan tali pinggang keledar sebelum keluar dia memandang Aryan lalu menunjuk ke arah rumah Mansur.

"Aku tidur hotel." Senafas Aryan berkata. Wajah langsung tidak memandang Alyssa. Alyssa mengangguk sekali.

Alyssa memegang pintu kereta lalu berpusing memandang Aryan sekali lagi ingin mempelawa dia naik ke atas. Hari sudah lewat malam takut apa-apa terjadi pada Aryan pula.

"Pergi naik aku tidur hotel." Gigi diketap rapat sambil menggenggam erat stering kereta cuba mengawal kemarahnnya.

Alyssa mengangguk laju lalu keluar dari perut kereta. Aryan memerhati Alyssa sehingga dia masuk ke dalam rumah. Selepas 5 minit pintu rumah ditutup Aryan keluar dari kawasan rumah Mansur menuju hotel yang ditempahnya.

Alyssa duduk dibirai katil lalu mengeluh berat.

"Abang Aryan marahkan aku ke? Tapi bukan salah aku pun.." Bisik hati kecil Alyssa. Badan dibaringkan di atas katil.

Aryan baru sampai di hotel. Dia mencabut kemeja T nya sebelum duduk di birai katil. Kunci kereta dicampak atas meja kecil tepi katil.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now