10 | AM

19.2K 670 27
                                    

Selesai solat, Aryan membaca doa. Alyssa yang sedang merapikan rambut mencuri-curi pandang Aryan dari cermin meja solek.

Selesai membaca doa Aryan menghulurkan tangan kepada Alyssa. Mata Alyssa membulat lalu dia melutut di depan Aryan dan salam penuh hormat. Alyssa ingin bangun semula tetapi ditahan Aryan.

"Aku nak tanya kau satu soalan." Alyssa mengangguk laju.

"Apa yang kau cakap dengan Firash siang tadi?" soal Aryan lembut.

Aryan ternampak Alyssa bersembang dengan Firash di hujung khemah sambil bergelak ketawa petang tadi. Aryan nak tegur tapi dia sedang sibuk melayani keluarga Alyssa.

Alyssa mencari-cari buku nota yang dia gunakan tadi. Dia menunjuk ke arah buku nota itu dan Aryan mengangguk sekali. Alyssa pergi mengambil buku itu dan menulis di atasnya.

Alyssa kembali melutut di depan Aryan dan memberikan buku nota itu kepadanya.

'Dia cakap tahniah sebab dah berkahwin. Saya pun borak kosong je dengan dia.'

"Yelah, aku tahu kau borak kosong tapi borak apa?" soal Aryan lagi. Alyssa tersenyum lalu mengambil buku itu semula.

'Dia nak berkawan dengan Alyssa macam dulu. Jadi kitorang tergelak sebab teringat masa zaman uni dulu.' Wajah Aryan berubah ketat.

"Sejak bila aku izinkan kau berkawan dengan dia?" Senyuman Alyssa terus mati. Terkaku dia memandang Aryan. Ada betul juga sebab Alyssa tak minta izin Aryan sebelum bercakap dengan Aryan. Pasti Aryan terasa hati.

"Kalau aku tak benarkan kau berkawan dengan dia apa kau akan buat?" soal Aryan lagi kerana tiada respon daripada Alyssa.

Alyssa berfikir seketika sebelum mengambil buku nota itu semula lalu menulis diatasnya.

'Alyssa tak kesah. Alyssa ikut cakap abang sebab abang Aryan dah jadi suami Alyssa. Alyssa minta maaf sebab tak minta izin abang dulu.'

Alyssa menayangkan senyuman manisnya. Aryan mengusap hujung kepala Alyssa.

"Aku tak benarkan kau berkawan dengan dia sebab aku tak nak orang yang pernah sakitkan hati kau dulu muncul dalam hidup kau semula. I wanna protect you from anythings and everythings in this world that could harm you. I swear in the name of Allah that I will protect you with risking my own life." Lembut suara Aryan berkata.

Mereka menatap kedalam anak mata masing-masing. Pandangan yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.

Alyssa agak terkejut mendengar kata-kata Aryan. Macam mana Aryan tahu yang Firash pernah sakitkan Alyssa dulu sedangkan Alyssa tidak pernah kenalkan atau bercakap tentang Firash kepada Aryan.

"Promise me you will not have any connection with him again." Alyssa mengangguk laju. Aryan membalas senyum manis Alyssa.

Alyssa mula menulis di atas buku nota itu lagi.

'Abang cakap apa dengan Liyana tadi? Muka dia nampak happy lepas cakap dengan abang'

"Kitorang.. borak kosong" kata Aryan lalu bangun dari situ. Tercengang Alyssa.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now