21 | AM

15.5K 576 19
                                    

"Alyssa sihat? How's your life living with my troublemaker son? Dia ada buat apa-apa yang Alyssa tak suka tak?" soal Datin Katrina sambil tersengih.

"Alyssa sihat. Semua ok mummy." Alyssa membalas dalam bahasa isyarat.

"Syukur alhamdulillah. Happy mummy dengar."

"Kenapa mummy datang sini tak bagitahu Aryan dulu?" soal Aryan dengan dingin. Takut pecah tembelang lah tu.

"Nak datang rumah anak sendiri pun kena bagitahu ke? Dah berapa bulan mummy suruh kamu bawa Alyssa datang rumah mummy ada kamu bawa?" soal Datin Katrina.

Aryan mengurut belakang lehernya. Datin Katrina mengeleng melihat muka endah tak endah Aryan.

"Ini lagi satu mummy nak tanya. Kamu ni nak jadi pembunuh bersiri ke? Serba hitam rumah kamu ini. Seram sejuk mummy tengok." Afiq dan Alyssa ketawa kecil. Padu juga ayat Datin Katrina rupanya.

Aryan mengerling Alyssa tajam. Seronok dia ketawakan Aryan.

"Nanti upah orang datang cat rumah kamu ataupun beli je rumah baru" kata Datin Katrina sambil meneliti rumah Aryan.

"Mummy nak minum apa? Alyssa boleh buat kan." Alyssa mengalihkan topik perbincangan mereka.

"Apa Alyssa cakap Afiq? Mummy tak faham sangat lah bahasa isyarat. Mummy minta maaf ya, Alyssa?" kata Datin Katrina. Alyssa mengeleng laju.

Bahasa isyarat Alyssa terlalu laju sampai Datin Katrina tidak faham.

Aryan mahu menjelaskan tetapi Afiq terlebih dahulu sudah menjelaskan. Baru nak tunjuk skill. Tck!

"Alyssa tanya mummy nak minum apa. Dia boleh buatkan" kata Afiq. Datin Katrina beroh kecil. Alyssa mengangguk laju sambil tersenyum.

"Nasib baik mummy bawa Afiq kalau tidak kita sama-sama tak faham apa yang Alyssa cakap kan Aryan?" Datin Katrina tersengih kepada Aryan. Aryan menjeling mata malas. Aryan pun reti bahasa isyarat lah bukan Afiq seorang je.

"Alyssa buat air apa-apa pun takpe" kata Datin Katrina. Alyssa mengangguk sekali.

"Abang?" soal Alyssa kepada Afiq. Tersentak Afiq. Bukan haritu dia dah tak panggil abang ke? Peliklah Alyssa ni.

Mata Afiq dan Alyssa tidak putus memandang satu sama lain dengan senyuman manis. Aryan disebelah Alyssa sudah menyilang tangan dan membuat muka bapak singa.

"Little princess buatkan air kopi yang haritu dekat rumah mummy. Sampai sekarang abang masih terngiang-ngiang. Sedap sangat" puji Afiq. Alyssa tersenyum lebar lalu mengangguk.

Mata Aryan tajam mencerun ke arah Afiq Naufal. Dadanya turun naik. Afiq memandang Aryan lalu kedua kening dijongketkan.

"Abang, you're the best." Sempat Alyssa memuji Afiq sebelum pergi ke dapur. Thumbs up juga diberikan kepada Afiq.

Mata Aryan membulat dengan pujian Alyssa kepada Afiq. Aryan mengepal buku limanya. Afiq tersenyum melihat reaksi Aryan.

Alyssa melangkah pergi begitu saja selepas ber-sweet-sweet dengan adik iparnya di hadapan suaminya. Aryan memandang tajam tubuh Alyssa sehingga hilang disebalik dinding.

"Abang you're the best? Apa hebat sangat Afiq sampai kena puji dia melambung macam tu?" Gumam Aryan sendiri. Dia mengetap gigi kuat mengingat semula kejadian tadi.

"Siapa suruh masuk tentera, kalau tahu ianya penyakit.
Lebih baik duduk di kampung, tanam ubi dan tanam jagung.."

Kedengaran suara prebet-prebet yang sedang membuat larian di dalam lapang sasar itu sebelum memulakan latihan sebenar.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now