02 | AM

22.7K 956 97
                                    

Aryan sampai di rumah agam Dato Mustafar.

"Kereta buruk siapa parking dekat sini? Kereta Pak Husin ke?" Aryan mengerutkan dahinya melihat kereta yang buruk dan usang berada di depan rumah agam Dato Mustafar dan Datin Katrina. Dia mengorak langkah memasuki rumah.

"Assalamualaikum, mummy."

"Waalaikumsalam. Dah sampai pun. Aryan, mari duduk sini" ajak Datin Katrina.

Dato Mustafar dan Datin Katrina berada di ruang tamu bersama dua orang tetamu yang hanya menampakkan tubuh belakang mereka saja. Mendengar daripada suara dan melihat figura tetamu tersebut Aryan tidak dapat mengecam. Dia mengorak langkah perlahan-lahan mendekati Dato Mustafar dan Datin Katrina.

"Pakcik Mansur dengan Alyssa datang nak bincang tentang tarikh pertunangan kamu berdua" kata Datin Katrina. Kaki Aryan mengeras di situ. Tarikh pertuangan? Bukan dia dah tolak ke? Datin Katrina betul-betul tak main-main kali ini.

Alyssa menoleh ke kiri melihat Aryan yang sedang terkaku. Tiba-tiba mata mereka berdua bertembung lalu kedua-dua melarikan pandangan ke arah lain. Terkebil-kebil mereka berdua.

"Lama dah pakcik tak jumpa kamu Aryan. Kamu sihat? Dah besar kamu sekarang" sapa Mansur mesra. Aryan masih statik di situ.

"Aryan sampai bila kamu nak berdiri dekat situ? Salam lah pakcik Mansur." Dato Mustafar menegur perlahan. Aryan tersedar dari lamunannya lalu mendekati Mansur dan disalam penuh hormat.

"Saya sihat pakcik. Pakcik sihat?" soal Aryan berbasa basi. Mansur mengangguk sekali disertai senyuman.

Aryan mengerling Alyssa yang berada di sebelah Mansur. Alyssa menundukkan kepala kerana malu bertatapan mata dengan Aryan.

"Cantik juga minah ni sekarang. Dulu berhingus, rambut serabai. Sekarang dah bertudung labuh." bisik hati Aryan ketika memandang Alyssa. Automatik hujung bibirnya ternaik.

Walaupun Alyssa menundukkan kepala tetap terserlah kecantikan dan keayuannya. Alyssa anak kepada pembantu rumah dan pemandu lama Dato Mustafar iaitu keluarga Mansur.

Afiq memang mahukan adik perempuan dari dulu tetapi Datin Katrina dah tak boleh mengandung kerana rahimnya sudah tidak kuat. Setelah kehadiran Alyssa di dalam keluarga ini menambahkan keserian dan keceriaan di dalam rumah ini.

Semasa keluarga Mansur berpindah ke kampung, Alyssa berumur 13 tahun Aryan dan Afiq masing-masing berumur 16 dan 15 tahun. Sungguh berat Afiq mahu melepaskan Alyssa pergi pada ketika itu sehingga menangis jejaka itu.

Mansur berpindah ke kampung itu atas arahan Dato Mustafar. Mereka ada sesuatu yang harus diselesaikan jadi Mansur memerlukan masa dan waktu yang lebih banyak.

Aryan melabuhkan punggung di sofa hadapan mereka. Tidak henti matanya memandang Alyssa dengan senyuman miringnya. Dato Mustafar yang sedar akan perangai anaknya berdehem beberapa kali. Tersedar Aryan dari lamunannya.

"Kenapa pakcik Mansur yang datang merisik? Biarlah pihak kami yang pergi ke rumah pakcik" kata Aryan. Dia berasa agak segan kerana pihak perempuan yang datang merisik. Ikut adat mana pula perempuan merisik lelaki.

Aryan ingatkan nak masuk meminang tahun depan selepas selesai misi pentingnya tetapi Datin Katrina terlalu mendesak dia untuk bertunang dulu.

"Sebenarnya Pakcik Mansur datang sini bukan nak merisik kamu tapi sebab ada urusan lain. Daddy ada hal nak bincang dengan Pakcik Mansur" jelas Dato Mustafar. Mansur mengangguk setuju.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now