57 | AM

10.7K 526 54
                                    

"Let's eat, miss. You must be starving. One week is longer than enough." Ilyas cuba memujuk lagi. Dia sendiri buntu apa yang harus dilakukan. Baru datang dah dicampak masuk ke dalam bilik ini pujuk orang makan. Mahu tak terkejut.

Ilyas berfikir seketika. Dia mendapat idea. Kaki bergerak ke tepi wanita itu. Wajah wanita itu terlindung dengan rambut panjang ikan mayangnya.

"If you like the views than we'll have lunch at the coridors." Ilyas tersenyum manis walaupum dia seperti orang gila yang bercakap dengan patung hiasan.

"Macam mana saya nak berjalan kalau kaki saya takde." Wanita itu bersuara mengejutkan Ilyas. Orang melayu rupanya.

Ilyas bergerak ke depan wanita itu dan melihat wanita itu yang kudung kedua-dua kakinya. Aryan yang menyuruh Mr.Teddy potong kaki April setelah menyiksanya. Kalau dibunuh takut jadi kes polis jadi dia cuma memotong kedua belah kaki April paras lutut. Dan dikurung April di rumahnya ini.

"Awak, jom keluar makan" ajak Ilyas tiba-tiba. April memandang Ilyas sebelum dijeling tajam.

April menonton televisien di ruang tamu memandangkan Ilyas tak bagi dia buat kerja. Tunggulah Ilyas balik nanti memang dia kemas satu rumah ni. Asalkan orang tak label dia perempuan murahan.

"Awak lupa ke arahan Ryan? Kalau awak bawa saya keluar mahu semua orang pandang awak semacam. Keluar dengan perempuan cacat. Saya ni tahanan. Kalau saya lari bila awak bawa saya keluar?" kata April. Suaranya beku.

"Kalau awak nak lari, dari dulu lagi awak dah buat. Bukan saya tak pernah letak kunci rumah ni merata. Pintu pun saya pernah buka seluas-luasnya. Awak tak pernah lari pun" kata Ilyas sangat lembut.

"Awak datang sini sebab nak bagi saya makanan dan tengok kalau saya ni masih hidup atau tak je. Tolonglah pergi. Tak elok orang tengok awak keluar masuk sini hari-hari" kata April.

Dia dah berubah selepas kejadian itu. Dia dah mula bertudung dan bertaubat. Dia rasa tak selesa apabila Ilyas selalu menonong masuk dalam rumah ini tanpa ketuk atau memberitahunya. Tahulah dia cuma menumpang tapi dia tu perempuan islam. Tak elok berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram. Kalau dibuatnya dia berkemban ke tak bertudung ke? Tak ke bertambah dosa.

"Saya tahu awak tak selesa sebab awak baru nak belajar berubah. Kalau awak sudi, saya nak jadikan awak isteri saya yang sah." Tersentak April.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now