39 | AM

11K 471 49
                                    

"Mana mummy dan daddy?" soal Aryan kepada Alyssa.

"Diorang outstation. Esok baru balik." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Senyuman diwajah Alyssa dan Leisaandra tidak lekang. Lama Aryan memandang wajah mereka berdua.

"Mak Timah!" panggil Aryan. Mak Timah berlari keluar dari dapur.

"Ya, Aryan."

"Mak Timah tolong bawa Sandra masuk dalam bilik dia. Jangan bagi dia keluar selagi mummy dengan daddy belum balik." Pesan Aryan tegas lalu menolak Leissandra kepada Mak Timah. Mak Timah memandang Alyssa dan Aryan silih ganti. Terkaku dia dengan tindakan Aryan.

"Sweetheart, jom ikut hubby" kata Aryan lalu memegang tangan Alyssa. Mereka berjalan keluar dari rumah itu. Alyssa sudah memakai tudung sedari tadi.

Leissandra dan Mak Timah berada di depan pintu memandang saja dari kejauhan. Pintu kereta Mr.Teddy dibuka. Dahi Alyssa dicium lalu tangan Alyssa dicium lama.

"Pergi ikut Mr.Teddy" kata Aryan lembut. Terkejut Alyssa. Dia mengeleng laju. Melihat pada topeng muka Mr.Teddy saja Alyssa sudah tahu Mr.Teddy bukan orang yang baik.

"Dengar cakap hubby. Ikut Mr.Teddy. Sweetheart akan selamat dekat sana nanti" pujuk Aryan lembut. Alyssa tetap mengeleng. Dia mengundur selangkah ke belakang. Apa maksud Aryan yang dia akan selamat di sana? Nyawa Alyssa sedang dalam bahaya ke?

"Sweetheart, dengar cakap hubby. Pergi ikut Mr.Teddy. Dia takkan apa-apa kan sweetheart. Percayalah. Hubby akan datang cari sweetheart lepas semua dah selesai" pujuk Aryan lagi. Dada Alyssa turun naik. Dia berpusing ke belakang ingin berlari masuk ke dalam rumah tetapi ditangkap Aryan. Pinggang Alyssa dipeluk erat. Meronta-ronta Alyssa di dalam pelukan Aryan.

"Mama!" jerit Leissandra lalu berlari ke arah Alyssa.

"Mak Timah pegang Sandra! Bawa dia masuk dalam!" jerit Aryan lalu Mak Timah berlari mengejar Leissandra. Belum sempat tangan Alyssa dan Leissandra bertemu Mak Timah sudah mendukung tubuh Leissandra pergi.

Leissandra dan Alyssa menangis teresak-esak. Tidak henti Leissandra menjerit 'mama'. Meronta-ronta Leissandra. Mak Timah membawa masuk Leissandra. Mak Timah tiada pilihan lain. Aryan anak majikannya jadi dia perlu patuh pada perintah mereka.

"Alyssa, dengar cakap aku! Pergi ikut dia! Kau akan selamat dekat sana!" Alyssa meronta-ronta ingin dilepaskan. Walau apapun sebabnya dia tetap tidak mahu ikut orang yang tidak dia kenali.

"Aku cakap pergi!" jerit Aryan selepas mendukung tubuh Alyssa masuk ke dalam kereta Mr.Teddy. Pintu kereta dihempas kuat. Cermin kereta Alyssa pukul berkali-kali ingin keluar tetapi hampa. Laju Mr.Teddy meluncur kereta itu.

Aryan meraup wajahnya kasar lalu air matanya jatuh membasahi pipi. Dia melutut di depan rumah agam Dato Mustafar.

"Hubby minta maaf sweetheart. Hubby minta maaf sangat-sangat." Aryan mengulang ayat itu berkali-kali. Sungguh dia rasa bersalah kerana berbuat begitu kepada Alyssa tetapi dia tiada pilihan lain. Keselamatan keluarganya lebih penting dari segalanya.

Aryan terpaksa memilih antara menyorokkan Alyssa atau Leissandra daripada Rico. Tidak mungkin dia akan sorokkan Leissandra sendirian kerana anak itu masih kecil, tidak tahu apa-apa. Kalau mereka berdua tinggal satu rumah akan memudahkan Rico untuk menculik mereka berdua jadi Aruan pisahkan mereka berdua buat sementara waktu.

Rumah Dato Mustafar juga telah dia kerahkan anak-anak buahnya untuk menjaga kawasan rumah itu tanpa pengetahuan Dato Mustafar mahupun sesiapa yang berada di dalam rumah itu. Mr.Teddy akan menjaga Alyssa di tempat yang telah dia tempatkan. Tempat itu paling selamat untuk Alyssa.

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now