58 | AM

11.1K 518 44
                                    

Kenduri doa selamat yang dibuat khas untuk Aryan yang baru sedar dari komanya itu disambut kecil-kecilan saja. Dijemput orang yang rapat dan orang-orang masjid untuk membaca doa. Jamuan makan juga disediakan.

"Hey, bro. Lama betul tak jumpa kau. Aku rindu gila dengan kau, Ryan" kata Fathi sambil memeluk tubuh Aryan dengan erat. Dia yang menjadi saksi Aryan ditembak. Hampir luluh jantungnya melihat tubuh Aryan jatuh kaku di atas tanah. Gugur air mata jantannya.

"Aku pun rindu kau, Fathi." Pelukan dileraikan. Pandangan mata Aryan tertancap pada seorang gadis disebelah Fathi.

Dengan pandangan mata Aryan saja dapat membuatkan Fathi faham.

"Kenalkan ini bakal isteri aku Ustazah Qasirah."

"Ustazah?!" Terkejut beruk Aryan, Afiq, Haniff dan Ilyas. Setahu mereka Fathi playboy tersohor di kelab malam. Macam mana boleh tersangkut dengan ustazah? Entah-entah ustazah ni pun salh satu umpan untuk dia mainkan.

Fathi menggaru kepalanya. Ustazah Qasirah pula malu-malu sebab dijerkah oleh rakan-rakan Fathi.

"Ustazah betul ke nak kahwin dengan lelaki tak guna ni?" soal Aryan. Ustazah Qasirah mendongak memandang Aryan tidak percaya.

"Ustazah pasti dengan keputusan ustazah? Dah fikir masak-masak? Mak ayah ustazah setuju?" soal Haniff pula.

"Ustazah jangan main gila. Dia ni lelaki paling tak guna kitorang pernah jumpa. Dia suka mainkan perasaan wanita"

"Saya sarankan ustazah balik rumah buat solat istikarah. Solat hajat. Minta petunjuk daripada Allah" kata Afiq pula.

Fathi rasa macam nak ganyang mereka semua. Punyalah dia teruja nak kenalkan bakal isteri dia, alih-alih diorang buka aib dia. Masak, masak kalau ustazah Qasirah ubah fikiran lagi. Mahu menangis Fathi di bucu katil.

"Apa masalah korang ni?" soal Fathi. Lengan Ilyas ditumbuk Fathi. Ilyas je lah yang dia berani kalau yang lain mahu dia ditumbuk dimuka sebijik.

"Kitorang dah fikir masak-masak. Dah jumpa ibu bapa kedua belah pihak. Dah bincang dari hati ke hati lagi" jelas Fathi panjang lebar. Mereka masih memandang Fathi atas bawah.

"Korang ni cuba supportive sikit? Kawan korang nak kahwin ni. Bagilah semangat. Dorongan. Ini tidak membuka aib aku je kerja" kata Fathi sambil mengetap giginya. Ayat akhirnya diperlahankan sikit suara. Tak nak Ustazah Qasirah dengar pula nanti.

"Yelah, tahniah sahabat kami yang suka memainkan hati wanita ini, yang playboy, selalu tinggal solat dah nak berubah. Bagus, bagus" kata Afiq lalu mereka semua menepuk tangan.

Fathi dah pasrah dengan kawan-kawannya yang perangai tak semenggah ni. Balik nanti dengar je lah bebelan Ustazah Qasirah. Ingat Ustazah tak reti membebel ke?

Arjuna yang sedang bermain dengan Leissandra di tepi ruang tamu itu Aryan hampiri.

"Anak papa tengah main apa tu?" soal Aryan sambil bercangkung disebelah Arjuna.

Arjuna tersentak lalu berlari terkedek-kedek ke tepi Leissandra. Arjuna masih tidak rapat dengan Aryan. Tidur pun selalu dengan Afiq. Pergi mana-mana pun ikut Afiq. Agak cemburu dia apabila Arjuna lebihkan Afiq daripada papanya sendiri.

Leissandra memandang Arjuna dan Aryan silih ganti.

"Juna, that is papa. He just want to play with you" pujuk Leissandra. Arjuna mengeleng sambil memeluk kereta mainan bugatti divonya.

Aryan perasan kereta mainan itu sama macam keretanya. Dia mendapat satu idea bernas.

"Arjuna, you want to see the real bugatti divo?" soal Aryan. Riak wajah Arjuna bertukar. Sepertinya dia berminat dengan pelawaan Aryan.

KAU TETAP SEMPURNAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin