Bab39

10.1K 270 24
                                    

  "Kau drive elok-elok ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau drive elok-elok ya."kata Syifa ke arah Ima.Ima mengangguk laju.

Jam 9 pagi mereka berdua sampai ke KL dari Langkawi.Hajat nak bertolak malam tadi terbatal apabila tiada tiket untuk flight malam.

"Rafi balik rumah dia.Kau pandai-pandai lah cari wad Nadhir."kata Ima.Syifa mengangguk laju.

Pipi dan dahi Nadim dicium.

"Umi balik dengan Nadim dulu eh?"kata Syifa.Hajah Zaitun mengangguk.

Kaki mengatur langkah ke arah kaunter.Jururawat yang bertugas memandang Syifa.

"Ya cik?"

"Saya nak tanya wad suami saya dekat mana?"

"Nama suami puan apa ya?"

"Razky Nadhir Bin Dato Fadli."

  "Owh puan belok kanan ada lift naik tingkat 3 cari bilik vvip nombor 7."

  "Terima kasih, nurse."Jururawat itu tersenyum.

  Syifa berjalan sambil melihat nombor di atas pintu.Jalan punya jalan.Dia tersenyum memandang bilik nombor 7.

Baru sahaja dia ingin menolak pintu.Pintu terbuka dari dalam.Terus dia kebelakang apabila melihat doktor dan beberapa jururawat menolak keluar katil pesakit yang telah ditutup dengan kain putih.

Tangannya menggeletar kuat.
Lututnya terasa lembik.

"N..Nadhir."seru Syifa perlahan sebelum terduduk di lantai itu.Air mata mulai turun membasahi pipinya.

"Nadhir.."

"Abang..."

  "Abang dah cuba semua untuk abang buktikan abang dah berubah.Tapi Syifa letak abang dekat kaki Syifa sendiri."

  "Hina sangat ke abang ni? Tak layak ke abang nak dapatkan kemaafan dari Syifa? Tak layak ke abang ni untuk dapatkan peluang kedua?"

"Nak tunggu abang mati dulu ke?"

"Abang sayangkan Syifa."

"Abang, Syifa cintakan abang.Jangan tinggalkan Syifa macam ni."kata Syifa teresak-esak.

"Abang.."

"Abang rindu Syifa sangat-sangat."

"Abang!!"

"Syifa buat apa ni?"Syifa mendongak.Dia melihat Nadhir berwajah pucat berada di atas kerusi roda.

"Abang?"Syifa mengesat air mata di pipi.Bibir Nadhir mengukir senyuman.

"Kenapa nang-"terdiam dia apabila Syifa memanjat naik duduk di riba.Lehernya dirangkul kemas oleh Syifa.

Wajah Nadhir bertukar merah apabila beberapa orang yang lalu disitu memandang mereka dengan sinis.

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now