Bab22

9.8K 304 16
                                    

  Syifa tersedar apabila terdengar alunan azan di sebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Syifa tersedar apabila terdengar alunan azan di sebelahnya.Dia yang masih penat itu cuba digagahkan juga untuk melihat gerangan itu.

Zidan.

"Syifa."tangannya digenggam oleh Hajah Zaitun.

"Anak Syifa okey kan umi?"soal Syifa perlahan.Hajah Zaitun mengangguk.Walaupun Syifa bersalin semasa si kecil masih 8 bulan tetapi bayi itu sangat normal dan sihat.

Alhamdulillah.

"Doktor cakap jarang ada yang macam Syifa.Syifa dan baby sangat kuat.Walaupun kandungan baru nak masuk 9 bulan.Bayi Syifa sihat sangat sayang."kata Hajah Zaitun.

"Anak Syifa perempuan ke?"soal Syifa.Hajah Zaitun menggeleng.

"Lelaki.."kata Hajah Zaitun.Syifa memandang Zidan yang nengucup si kecil di pangkuannya.

"Zidan happy sangat bila umi suruh dia azan."

"Umi, terima kasih."

"Nanti berpantang dekat rumah umi.Jangan pergi lagi.Umi taknak Syifa pergi dengan keadaan berpantang."

"Umi nak Syifa sihat dulu.Baru umi lepaskan Syifa pergi.Kalau boleh, umi taknak lepaskan Syifa pergi.Syifa tinggal dengan umi ya?"Syifa menggeleng.

"Umi, Syifa taknak bahayakan nyawa sesiapa pun."

"Cukup lah nyawa Syifa dengan bayi Syifa terancam."

"Umi dengan Zidan berhak untuk bahagia."

  "Syifa dah ada nama untuk baby?"tanya Zidan.Syifa menggeleng.Dia rancang nak cari nama lepas balik beli nasi lemak pagi tadi.

Apa petang dah ada anak.Allah dah rancang semuanya.

  "Saya tak tahu tapi saya berkenan dengan nama Sayyid."kata Syifa.

  "Sedap nama tu."kata Hajah Zainun.

  "Saya nak tambah sikit boleh?"soal Zidan.Syifa memandang Zidan lalu mengangguk.

  "Saya nak namakan baby comel ni, Nadim Sayyid."

  "Cantik."

  "Boleh ya?"soal Zidan.Syifa mengangguk.Zidan menghulurkan bayi dipangkuannya.

  Air mata Syifa serta merta turun apabila melihat wajah kecil anak kandungnya.

  Awak, anak kita sama dengan awak.

  "Mata dia.."Syifa menahan esakkan.Zidan mengangguk faham.Tengok saja mata si kecil itu terus terlintas wajah Nadhir di fikirannya.

  Mata yang sepet, mulut yang nipis dan hidung yang mancung itu memang milik Nadhir.Sebijik Nadhir.Allahuakbar.

  Seperti tahu ibunya sedang menangis.Si kecil itu membuka mata perlahan-lahan.Terserlah mata Hazel Syifa pada mata Nadim.

  "Mata dia macam awak Syifa.Cantik."

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now