Bab8

7.3K 271 3
                                    

  "Tayang body nampak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Tayang body nampak."kata Zidan.Nadhir yang bersinglet kelabu tersenyum sinis.Tangan naik mengangkat Dumbbell.
Tubuhnya sudah dibasahi dengan peluh.

  "Nampak stress awat ni?"soal Zidan.Nadhir menghembuskan nafas sebelum menjawab.

   "Dia cakap aku bongkok."kata Nadhir tidak berpuas hati.

"Bongkok ke bongkak? siapa yang cakap dekat kau ni banyak cantik muka dia.Tak nampak chocolate bar kau tu?"kata Zidan.

"Kalau aku bagitahu kau pun, kau marah aku balik."kata Nadhir perlahan.

"Hah?"Nadhir menggeleng kepala. Dumbbell diletakkan ke bawah.Dia meniarap di lantai sebelum perlahan-lahan tubuhnya naik turun berkali-kali.

Push Ups

"Dah lah tu, kebas pinggang kau nanti."kata Zidan.Nadhir menghiraukan kata-kata Zidan.

"Oi!"

"Apa, aku baru nak sampai seratus!"bentak Nadhir lalu berdiri.Zidan tergelak.

"Weh,"Zidan berpaling apabila namanya diseru.

"Muka aku takda seri ke?"tanya Nadhir.Zidan memandang sahabatnya dengan kerutan di dahi.

"Kau nak kahwin ke? Apahal nak seri bagai."Nadhir menghembus nafas kasar.

Nak bagitahu tapi mesti Zidan tanya lebih.Mahu makan penumbuk dia.

"Lambat lagi aku nak kahwin."bohong Nadhir.

"Tak sekarang ni muka aku ada seri tak?"

"Cuba kau senyum."arah Zidan.Nadhir mengikut perintah Zidan.

"Bila kau senyum baru ada seri."

"Kau tahu tak petua-petua nak kekalkan seri tu?"soal Nadhir.Zidan sudah ketawa kuat.

"Ada nak tahu?"Nadhir mengangguk laju.Zidan merapatkan wajahnya ke arah telinga Nadhir.

"Wuduk."bisik Zidan lalu ketawa melihat wajah cemberut Nadhir.Nadhir tersenyum melihat Zidan yang kuat ketawakan dirinya.

Bahu Zidan dirangkul dari belakang.

"Woi, dengan peluh aku.Ketiak busuk!"jerit Zidan apabila lelaki itu mengepit kepalanya.

"Aku sayang kau tau Dan, kau je kawan aku dari kecil sampai besar."

"Apahal kau ni sweet semacam je malam ni."kata Zidan kembali ketawa.

"Kalau apa yang terjadi, jangan marahkan aku tau."kata Nadhir penuh makna.

"Ya lah oh by the way, kau taknak kahwin ke? Aku rasa aku nak kahwin lah."kata Zidan.

"Hah? Bila dengan siapa?"soal Nadhir.

"Aku nak kampung minggu depan.Maybe stay sampai umi aku sihat."

"Serious la kau nak kahwin.Dengan siapa?"soal Nadhir.

"Aku plan nak lamar Syifa."terus senyuman Nadhir pudar.

 

  "Awak kenapa nak jumpa saya malam-malam?"soal Syifa apabila lenanya diganggu oleh Nadhir yang menunggu dihadapan rumah.

  "Aku nak tanya kau sikit."kata Nadhir dengan duduk bersandar di keretanya.

  "Apa?"tanya Syifa.

  "Kau suka Zidan?"tanya Nadhir.Mata Syifa yang kuyu serta merta terbuka luas.Syifa mengawal riak wajahnya.

  "Kenapa tanya soalan macam tu?"soal Syifa.Jam 1 pagi lelaki ni muncul di hadapan rumah hanya disebabkan soalan itu.

  "Saja tanya."balas Nadhir bersahaja.

  "Awak ni kan, datang rumah saya pagi-pagi sebab tanya saya macam ni.Kalau awak bawa MCD ke ada untung perut saya juga."tangan yang berbalut siang hari tadi naik mengusap perutnya yang berbalut hoodie bewarna ungu.

  Nadhir tersenyum sinis.Pintu di bahagian penumpang dibuka.Beg kertas tertulis M dibawa keluar.Tidak lupa sebekas McFlurry Oreo.

  "Nah."Kelopak mata Syifa terkelip-kelip memandang Nadhir dihadapannya.
Mata Nadhir serta merta ke atas.Tahu la aku ni sweet.

  "Nak ke taknak ni?"soal Nadhir.

  "Nak!"Syifa menyambut huluran Nadhir lalu dibawa ke pelukannya.

  "Terima kasih awak!"kata Syifa tersenyum lebar menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

Nadhir membalas senyuman Syifa sebelum tangan naik mengusap kepala yang berbalut tudung sarung.

  Syifa terpana.Nadhir senyum ikhlas dekat dia.Nadhir gosok kepala dia.

  "Aku minta maaf pasal tangan kau."kata Nadhir.Dia yang tersedar terus menarik tangannya.

  "Aku tanya kau ni, kau suka Zidan tak?"tanya Nadhir wajahnya dibekukan semula.

  "Kenapa awak tanya?"soalan dibalas soalan.

  "Saja nak tanya."

  "Saya tak suka Zidan, saya suka awak."Nadhir terdiam.Dia memandang anak mata gadis itu yang bersinar.

  "Awak kan dah nak jadi suami saya, saya kena la belajar mencintai awak."kata Syifa dengan polos.

  "Tak payah, walaupun kita ni akan kahwin.Aku tetap layan kau sama.Tak pernah terdetik pun dekat hati aku ni untuk layan kau macam suami lain layan isteri dia."

DUSH.

  Wajah Syifa yang ceria bertukar muram.Ingat ke dah baik tadi kasi MCD.Tapi hmm.

  "Awak taknak cuba suka saya ke?"soal Syifa.Nadhir menggeleng lalu tergelak sinis.

  "Aku takkan pernah sukakan kau, ingat sampai mati ya?"kata Nadhir lalu berpaling untuk melangkah masuk ke dalam kereta.

  "Nanti saya mati, saya akan pastikan awak merana.Saya kacau awak sampai rindukan saya!"bentak Syifa.

  "Pi masuk tidur."Marah Nadhie dengan tangan menunjuk rumah.Syifa menjelir lidah.

  "Bye future husband!"Syifa berlari melangkah masuk ke dalam rumah.Hilang sahaja gadis itu.

  Muncul satu senyuman di bibirnya.Tangannya naik memegang dadanya yang berdegup laju.

  "Tak, tak boleh Nadhir.Dia yang musnahkan hidup kau dulu sampai kau sakit."bisiknya perlahan sebelum mata bertukar pandangan tajam.

  "Tak boleh, kau tak boleh sukakan dia."

  Syifa melangkah masuk ke dalam rumah.Encik Karim yang bersandar di pintu tersenyum memandangnya.

  "Papa tak tidur lagi?"soal Syifa.Encik Karim menggeleng.

  "Papa, jumaat ni ada orang datang pasang pelamin."kata Syifa.Encik Karim mengangguk.

  "Syifa,"seru Encik Karim.

   "Ya papa."sahut Syifa sambil menguyah fries .

   "Maafkan papa ya? Sebab papa, Syifa terpaksa dengan semua ni."

   "Takpa lah papa takdir dah tertulis semuanya."

   "Jom makan burger! Syifa diet tapi Nadhir bagi kita kongsi ya papa?"Encik karim mengangguk.Dia memandang sayu Syifa yang bergerak ke dapur.

  Ita,anak kita dah besar.Membesar dengan cantik sebiji macam ita sayang.
Maafkan abang tak jaga anak kita sebaik yang mungkin.
Maafkan abang.

TBC
10Jun2021

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now