Bab38

9.4K 268 9
                                    

   Seminggu sudah berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


   Seminggu sudah berlalu.
Nadhir dan Rafi kembali ke rumah Dato Fadli.Datin Faida tersenyum apabila mereka diarahkan kembali ke rumah lama mereka.

  "Terima kasih Nadhir!"kata Datin Faida tersenyum bahagia.Nadhir hanya tersenyum kelat.

  "Bang, kau okey tak ni? Muka kau pucat tu.Ubat dah makan?"soal Rafi.

  "Dah jangan risau."kata Nadhir perlahan.Dia berjalan perlahan-lahan ke dalam biliknya.

  Dia berbaring di atas katil sambil sebelah tangan diletakkan di atas dahi.

  Tiba-tiba dia teringat kata-kata Doktor yang bertemu semalam.

  "Awak kena buat pembedahan ni secepat dengan mungkin.Ni demi nyawa awak untuk hidup ."

  "Kami dah jumpa penderma awak, insyaAllah Allah permudahkan segala urusan awak."

  Sebelah lagi buah pinggangnya rosak.Dulu Syifa dah dermakan sekarang pesakit di hospital itu sendiri nak dermakan.

  "Ya Allah, tunjukkan lah aku kebenaran.Permudahkanlah urusan aku."

  Lelaki yang mahu dermakan buah pinggang itu sangat baik.Nadhir nak membalas balik tetapi ditolak.

  "Aku ikhlas nak dermakan untuk kau.Aku taknak lebih tapi doakan aku bebas dari kanser hati ni."

  Penghidap Kanser Hati stage 4.Sekarang lelaki itu memang sudah tidak boleh bergerak hanya mampu terbaring kaku di atas katil hospital.

  Semakin hari semakin kuat sakit di pinggangnya.Bukan dia taknak buat pembedahan tetapi dia takut.

  Nyawa dia akan terancam jika pembedahan ni tak berjaya.Sudah dahlah ini kali yang kedua dia akan jalankan pembedahan.

Kertas putih di sebelah katilnya dicapai.Dia mula menulis sesuatu untuk Syifa.

Syifa mengatur langkah ke bilik tidurnya.Dia menghembuskan nafas lega apabila melihat Nadim masih tidur nyenyak.

Wajah Nadim yang sedang lena ditilik lama.Semakin Nadim membesar semakin sama wajahnya seperti Nadhir.

"Haihlah Nadim."

Telefon di sebelahnya berdering kuat.Melihat sahaja nama suaminya di skrin terus dia mengeluh.

Dari dua hari lepas lagi.Jantan tak guna ni duk call.Terus dia menjawab panggilan itu.

  "Hello."

  "Assalamualaikum sayang."terdengar suara serak basah Nadhir di talian.

  "Waalaikumussalam."balas Syifa.

  "Sayang dengan Nadim sihat?"soal Nadhir.Syifa mendiamkan diri lama sebelum menjawab.

  "Sihat."

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now