Bab30

11.7K 279 15
                                    

  Tanah perkuburan yang masih baharu itu ditatap lama

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.




  Tanah perkuburan yang masih baharu itu ditatap lama.Nadhir bangun perlahan-lahan dibantu oleh Rafi.

"Aku pergi dulu ya Dan.Maafkan aku."kata Nadhir.

  "Kau nak ke mana bang?"soal Rafi.

  "Balik rumah Syifa."

  "Bang, kau tak serik-serik lagi ke? Kepala tu dah berbalut teruk tahu tak?"

  "Ni semua kau buat."kata Nadhir tersengih.Rafi menggeleng kepala.

  Telefon Rafi berdering kuat.Dia memandang sekilas sebelum menolak panggilan tersebut.

  "Siapa call?"soal Nadhir.

  "Ima."balas Rafi.

  "Sepupu Syifa?"soal Nadhir lagi.Rafi angguk sambil menggaru keningnya.

  "Elele malu-malu pula, kau couple dengan dia ke?"soal Nadhir.

  "Hmm, boleh lah.Sebenarnya aku terjumpa dia dekat court dulu lepastu tegur and then macam ni lah."kata Rafi.

  "Kenapa tak angkat call dia? Merajuk?"

  "Lambert lagi!"

   "Eh tu bukan Syifa?"soal Rafi.Nadhir memandang ke hadapannya.Syifa dan Hajah Zaitun mengheret luggage masing-masing.

  "Stop kereta cepat!"kata Nadhir.Pintu kereta dibuka lalu melompat turun.

  "Syifa!"jerit Nadhir dengan langkah laju.

  "Umi cepat umi!"kata Syifa.Pintu teksi ditutup.

  "Bawa kami ke airport ya pakcik? Bawa laju-laju."kata Syifa.Teksi itu meluncur pergi meninggalkan Nadhir yang berlari mengejar mereka.

  "Syifa!"jerit Nadhir kuat.

  "Bang,"bahu Nadhir dipegang.

  "Syifa, weh kejar dia.Aku taknak hilang dia."kata Nadhir.Rafi memeluk Nadhir erat.

"Jangan peluk aku! Lepaslah bodoh! Aku nak kejar isteri aku!"marah Nadhir.

"Dah lah abang!"jerkah Rafi.Nadhir menunduk air mata mengalir di pipi sebelum dia teresak-esak di situ.

"Aku tahu aku jahat Rafi.Aku jahat sangat dengan dia."

"Aku nak berubah..Aku nak bahagiakan dia orang."

"Tolong lah Rafi.."

"Bagi Syifa tenangkan diri dia dulu."kata Rafi.

"Aku nak Syifa, aku nak Syifa."kata Nadhir sebelum jatuh melorot ke bawah.

"Eh bang!"ditepuk pipi itu berkali-kali.

"Mak aih kau demam pulak dah.."

Syifa membuka pintu balkoni.Dia menghirup angin yang sungguh segar di Langkawi.

"Cantik kan?"soal Hajah Zaitun.Syifa mengangguk.

"Ni rumah Zidan dekat sini."kata Hajah Zaitun perlahan.

"Umi tak sangka akan kehilangan dia.Dia satu-satunya anak umi Syifa."

"Maafkan Syifa umi.Disebabkan Syifa, Zidan dah takda."kata Syifa perlahan.

  "Ajal dia dah tiba sayang..takpalah Syifa seorang je sekarang anak umi."

  "Ya umi, Syifa akan jaga umi sampai hujung nyawa Syifa."

  "Huaaaaaa!"pantas Syifa mendapatkan Nadim yang sedang menangis.

  "Demam dia tak kebah lagi ke Syifa?"soal Hajah Zaitun.

  "Belum umi, dia rindukan baba dia kut."kata Syifa perlahan.

  Dah berapa hari Nadim demam belum kebah.Kepala Nadim dicium berkali-kali.

  "Nadim rindu baba ya sayang?"soal Hajah Zaitun.

"Kesian Nadim, umi pun rindu baba sangat-sangat."

"Dah susukan dia umi nak keluar cari bahan masak malam ni."

"Umi nak pergi seorang ke?"soal Syifa.Hajah Zaitun mengangguk.

"Umi dah biasa dekat sini."

"Hati-hati umi."

NADHIR duduk di pondok bawah pokok berhadapan dengan rumah Syifa.

"Sayang, abang rindu sangat-sangat."

"Abang rindu Nadim.Abang tahu abang salah.Balik lah sayang tolonglah bagi abang peluang kedua."

"Sayang..."

  "Bang, dah lah tu."kata Rafi mengambil tempat berhadapan dengan abangnya.Wajah Nadhir dipandang lama sebelum tergelak kecil.

  "Sorry tau bang, aku pukul kau kuat sangat kan?"soal Rafi.Nadhir mengesat air mata di pipi.

  "Sakit pukulan kau tak sesakit apa yang aku dah buat dekat isteri aku."

  "Alamak abang ni jiwang betul."

  "Jangan memain lah."kata Nadhir.

  "Kita pergi bercuti nak? Lepaskan stress abang tu."

  "Taknak abang."

  "Hmmm, semalam genap seminggu Zidan pergi.Dia ada bagi aku sebuah rumah dekat langkawi."

  "Hah?"soal Nadhir pelik.

  "Rumah dekat Langkawi tu dia buat khas untuk dia dan umi."

  "Lepastu dia kasi aku kunci dia cakap tolong bersih dan jagakan."

  "Aku macam kenapa pula nak bagi aku kan? Dia cakap maybe dia nak pergi jauh."kata Rafi perlahan.

  "Dia dah tahu dia dah nak pergi tinggalkan kita semua.Patutlah sebelum kita orang culik Nadim, dia bagitahu aku dia nervous tak tahu pasal apa.Dia dakap Nadim kemas, cium bagitahu yang jagakan Syifa untuk dia.."

  "Aku banyak sangat dosa dengan dia."kata Nadhir sebelum melepaskan esakkan.

  "Aku rampas Syifa, hubungan persahabatan kita orang putus."

  "Hanya disebabkan aku, semuanya musnah."

  "Lebih baik aku yang mati bukan Zidan.Sebab Zidan lebih berhak bahagia."

  "Dah lah bang..."

  "Nak pergi tak langkawi?"

"Taknak, aku nak duduk sini tunggu sini sampai Syifa balik."

Rafi mengeluh.

"Jom la ikut aku."

"Rafi! Nadhir!."jerit Datin Faida dari dalam rumah.

"Tolong ayah, ayah pengsan!"

Terus mereka berdua berlari masuk ke dalam rumah.
 
  "Ayah!!"

1 Julai 2021

Bukan Pilihan HatiOù les histoires vivent. Découvrez maintenant