Bab12

8.2K 270 5
                                    

  Syifa menutup pintu kereta dengan kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Syifa menutup pintu kereta dengan kuat.Dia mengetap bibir apabila melihat kereta suaminya berada di bawah garaj.

"Assalamualaikum."pintu rumah dibuka.Dia melihat Nadhir santai menonton movie di televisyen mereka.Nadhir santai duduk dengan memakai seluar pendek sehingga lutut tanpa baju.

"Dah balik dah isteri tercinta.."kata Nadhir sinis sambil menyuap aiskrim di tangan.

"Ni dah pukul lapan malam, bukan ke aku cakap pukul tujuh malam kau kena ada dekat rumah? Ni aku balik pun kau takda."

"Maaf awak, saya ada meeting habis lewat.Lepastu saya siapkan kerja tak sedar dah pukul 7.Saya balik jalan jammed."kata Syifa perlahan.

"Lain kali naik kapal terbang baru jalan tak jammed."balas Nadhir.

"Awak dah makan?"soal Syifa perlahan.

"Tak, kau pergi masak aku lapar."balas Nadhir.Syifa mengangguk.Hilang sahaja Syifa terus senyuman sinis terukir di bibirnya

Dia takkan pukul Syifa lagi tapi perlahan-lahan dia akan hapuskan Syifa dengan emosi.
Encik Karim, tak lama lagi kau pun akan mati ditangan aku.

Syifa menghidangkan makanan di atas meja.Dia
mengatur langkah ke ruang tamu.

"Awak?"Dia melihat keadaan ruang tamunya yang sunyi.

"Bah!"Syifa dipeluk dari belakang.Terus dia berpaling terkebil-kebil memandang Nadhir yang ketawa kuat.

Kenapa dia ni?

"Makanan dah siap, saya dah masak."Nadhir mengangguk dan berjalan ke arah dapur.

"Kau masak apa ni sayang?"soal Nadhir menceduk kuah kuning di dalam mangkuk.

"Hm paprik ayam.."kata Syifa perlahan.Nadhir mencebik.Pinggan yang sudah diisi nasi diceduk lauk.

"Awak makan la saya nak pergi siapkan kerja."kata Syifa.

"Takkan tempat suami pun tak boleh."soal Nadhir sinis.Syifa menggeleng laju.

"Saya ada zoom meeting kejap lagi."kata Syifa perlahan.Nadhir mengangguk terus Syifa berlari naik ke tingkat atas.

Sedang ralit Syifa berkongsi idea kepada client tubuhnya dipeluk seseorang dari belakang.

"Eh Nadhir?"terdengar suara-suara sedang menyeru namanya dari dalam komputer.Nadhir tersenyum lalu melambaikan tangan.

"Amboi sweetnya kamu berdua ni..Pengantin baru lagi ke?"soal salah seorang rakan Encik Karim.Nadhir hanya tersengih.

"Lama lagi ke sayang? Abang dah nak tidur."kata Nadhir memandang wajah isterinya.Syifa tertelan air liur mendengarkan kata-kata suaminya.

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now