Bab9

7.3K 280 6
                                    


Vote!Vote!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vote!Vote!

Pejam celik sudah tiba malam berinai bagi bakal pengantin baru.Syifa yang sopan mengenakan jubah hitam serta tudung bawal bewarna putih itu tersenyum manis apabila diucapkan tahniah.

Ramai tetamu yang hadir kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa nikah dan majlis bersanding.

"Syifa, mari sini."Maksu merangkap adik kepada arwah mamanya, Aunty Lia.

"Cantik la kau ni, seri pengantin dah muncul."kata Ima menyiku sepupunya.Syifa tergelak kecil.

"Aku tertanya-tanya ni, suami kau handsome tak."jari telunjuk mengusap dagu.

"Tak Handsomenya pakcik tua tu."Mata Ima membulat!

"Kau kahwin dengan orang tua ke sis!"Syifa mengangguk.Maksu menarik kedua-dua tangannya untuk dicelup ke dalam inai.

"Inai mama buat ke ni?"soal Iman.Aunty Lia mengangguk.

"Maksu tumbuk sendiri tau Inai ni.Lama la sikit hilangnya."kata Maksu.

"Takpa.."Syifa tersengih.Maksu menarik pipi Syifa geram.

"Berseri-seri muka Syifa, cantik sangat."

"Alhamdulillah."balas Syifa.

"Ma.. nak kahwin la macam ni nak berseri macam Syifa juga."kata Ima perlahan.

"Aip! boleh je bawa balik calon mama tengok dulu."

"Taknak lah, mama je la kahwin dulu."Mata Maksu terjengil memandang si anak.Ima tersengih nakal.

"Kamu nak lukis bunga ke?"soal Maksu.Syifa menggeleng laju.

"Macam ni dah cantik."kata Syifa perlahan.Dia bukan kahwin dengan orang yang dia suka pun.Bukan dengan orang yang cintakan dia pun.Dia kahwin pun sebab terpaksa.

"Esok boleh tak temankan Syifa nak ke kubur?"soal Syifa.Maksu tersenyum lalu mengangguk.

"Boleh sayang, boleh sangat-sangat."

"Kalau akak ada, mesti akak gembira tengok Syifa dah besar.Sebiji macam akak."



"Kau balik bila?"soal Nadhir.Terdengar suara Zidan di taliannya.

"Lusa sebab aku kena temankan umi aku pergi hospital dulu."

"Owh, weh aku nak cakap sikit.Tapi jangan marah aku tau.Aku taknak hilang kau, kau seorang je sahabat aku."

"Kenapa? Cakap je lah tak payah buat ayah sedih."kata Zidan lalu tergelak.

Nadhir menarik nafas dalam sebelum berkata.

"Esok aku akad-"

"Ya umi, weh kejap umi aku panggil."Nadhir mengetap bibir.

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now