Bab26

9.7K 290 17
                                    

   "Haih, takda bilik ke?"soal Nadhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haih, takda bilik ke?"soal Nadhir.Datin Faida menggeleng kepala.Rumah kayu itu hanya ada satu bilik sahaja.Nadhir meletakkan barang-barangnya ke atas kerusi rotan.

"Berdebu."kata Nadhir dengan jijik.Dato Fadli menggeleng.Tingkap rumah dibuka seluas yang mungkin.Terbentang sawah padi disebelah rumah mereka.

"Rafi mana?"soal Nadhir.

"Rafi stay rumah kawan dia, dia taknak duduk sini."balas Datin Faida.Nadhir mendengus.

Untung la ada kawan.

Aku ada kawan pun, kawan tikam belakang.Ey sebab kau Zidan aku jadi macam ni!

"Ibu nak ke kedai kejap lagi. Nadhir bawa ya."kata Datin Faida.Nadhir hanya mengangguk.

  Nadhir berbaring di atas tikar getah.Dia memandang sawah padi dihadapannya.

  "Tenangnya.."bisik Nadhir perlahan.Tiba-tiba dia teringat akan Syifa.

  "Aku ada anak ke? Betul ke budak comel tu anak aku?"

  "Boleh jadi anak Zidan juga kan."

  "Ah, tak payah kisahlah!"

"Ibu, Nadhir nak keluar jalan-jalan kejap."telefon diletakkan di atas meja kecil.

  Selipar disarungkan lalu membuka langkah menuju ke tepi jalan raya.Dia menarik nafas panjang apabila terasa nyaman berada dihadapan sawah padi.

  "Nadim, no no jangan makan!"suara yang menjerit-jerit membuatkan dia terus berpaling.Matanya terbuka luas.

  Syifa?

Syifa yang sedang menggomol bayi lelaki di atas riba dipandang lama.Kenapa Syifa ada dekat sini? Sebelah rumah arwah neneknya?

Tanpa sedar kaki melangkah menghampiri wanita itu.Syifa memusingkan tubuhnya laju sambil mengangkat Nadim.

  "Eh!"Syifa terjerit kecil apabila kakinya tersadung batu.Nadhir yang tepat sampai waktu itu terus menyambut dua tubuh itu dari jatuh ke atas tanah.

Pinggang Syifa didakap erat.Mata mereka berdua saling merenung antara satu sama lain.Nadim yang berada di dada Nadhir tersengih-sengih dan tangan menampar pipinya.Mata Nadhir fokus memandang si bulat.

  "A..awak buat apa dekat sini?!"tanya Syifa bengang terus dia menepis kedua-dua tangan Nadhir yang merangkul pinggangnya.

  "Kau buat apa kat sini?"soalan dibalas soalan.Syifa memeluk erat Nadim sebelum berjalan meninggalkan Nadhir.

  "Syifa!"langkah Syifa dikejar.Nadim di dalam dukungannya mengekek ketawa memandang Nadhir mengejar mereka berdua.

  "Kenapa kau duduk rumah buruk macam ni?"soal Nadhir pelik.Syifa senyum sinis.

  "Kenapa tanya saya macam tu? Saya ni dah memang lahir dari keluarga miskin.Dari keluarga sial macam awak cakap tu!"marah Syifa sambil melangkah naik ke tangga rumah  dengan cepat.

  "Awak jangan sesekali jejakkan kaki awak dekat rumah ni!"kata Syifa.Pintu rumah dihempas kuat.

  "Syifa buka pintu ni! Aku nak bincang sesuatu dengan kau!"pintu rumah itu diketuk bertalu-talu.

"Syifa, aku dah takda harta.Aku dah takda apa-apa.Tolong aku Syifa, bagi aku duduk dengan kau boleh?"

"Pergi mampus la Nadhir, saya takkan percayakan kata-kata awak lagi!"marah Syifa.Nadim yang mendengar jerkahan itu terus menangis kuat.

"Syifa!"

  "Nadhir!"Nadhir berpaling apabila namanya diseru dari belakang.

"Ayah.."

"Kamu buat apa dekat rumah orang tu..cepat balik ibu nak pergi kedai."kata Dato Fadli.

"Syifa, aku balik kejap."kata Nadhir perlahan.

"Suka hati awak lah! Tak payah datang sini lagi!"marah Syifa kuat.

"Aku akan datang Syifa, kau isteri aku."kata Nadhir melangkah menuju ke rumahnya.Datin Faida memandang pelik Nadhir yang berjalan pulang dari rumah jiran sebelah.

  "Kamu berkenalan dengan jiran ke?"

  "Tu rumah Syifa, ibu."kata Nadhir.Datin Faida terkedu sebelum kaki melangkah laju ke rumah itu.

  "Ibu, jangan kacau Syifa lagi.Dia tengok muka Nadhir pun marah sahkan ibu."balas Nadhir jujur.

  "Ibu nak jumpa cucu ibu."kata Datin Faida sedih.Nadhir menggeleng.

  "Dia bukan cucu ibu, dah jom ke kedai."Nadhir menghilangkan diri ke dalam kereta menanti si ibu.

  "Abang taknak ikut?"Dato Fadli menggeleng kepala.

  "Jom cepat lah ibu."hilang sahaja kereta Nadhir.Sebuah kereta hitam meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah itu.

  "Ha dah sampai dah."Rafi mengangguk.Dia memandang rumah dihadapannya dengan wajah berkerut.

  "Rafi tidur sini ke?"Dato Fadli mengangguk.

  "Baik Rafi tidur rumah kawan Rafi tadi."kata Rafi perlahan.Matanya tertancap ke arah rumah Syifa.

  "Kuatnya baby nangis."

SYIFA membuka suis lampu dapur.Botol susu Nadim dicapai lalu mula membancuh susu untuk Nadim.Jam di dinding menunjukkan jam empat pagi.

"Sabar sayang mama tengah buat ni."jerit Syifa lekas berlari ke hadapan.Kakinya terhenti apabila melihat Nadhir berdiri tegak di hadapan pintu bilik tidur.

"Kau buat apa dekat sini?!"jerit Syifa dengan kuat.

"Aku nak tidur, tapi takda bilik dekat rumah sana."kata Nadhir perlahan.Syifa bergerak menutup tingkap yang Nadhir gunakan untuk memasuki rumahnya.

"Awak banyak duit kan, pergi tidur hotel."balas Syifa.Pintu rumah dibuka seluas yang mungkin.

"Keluar."

"Aku nak tidur sini!"bentak Nadhir.Pintu bilik ditendang kuat.Tangisan Nadim semakin kuat.Syifa mengeluh.

"Jantan ni taknak hidup lama betul lah!"Nadim di atas katil didukung.

"Aku jerit dekat orang kampung kau pencuri!"kata Syifa.Nadhir tayang wajah selamba.

"Buat lah aku suami kau yang sah."balas Nadhir dengan sinis.Syifa menjeling tajam Nadhir sebelum mencapai bantal di sebelah lalu dibaling ke wajah Nadhir.

"Aku nak tidur lah!"

"Pergi tidur dekat luar lah!"jerit Syifa.Nadim teresak-esak menangis.

"Kau diam lah budak!"ditampar betis Nadim.Mata Syifa terbuntang.

Dia berdiri dan mencapai penyangkut baju di sebelah katil.

"Kau pukul anak aku?"

"Kalau kau pukul aku dosa kau masuk api neraka!"kata Nadhir.

"Eeeee habistu kau tuuu suami baik sangat ke? Kau ingat kau ustaz!"jerit Syifa.Dipukul kedua-dua betis dan belakang badan suaminya.

"Aduh, stop Syifa!"kata Nadhir.Gerun dia melihat Syifa dengan wajah memerah memukul dirinya sambil mendukung Nadim.

"Pergi mampuslah!"marah Syifa.Tangan tidak berhenti memukul Nadhir.

Malam itu berlarutan sehinggalah mereka tertidur di atas katil sempit itu.Tanpa sedar, Nadhir memeluk erat Syifa dan Nadim seperti tidak mahu dilepaskan.

TBC
22 Jun 2021

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now