Bab37

8.9K 265 18
                                    

  "Nah makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Nah makan."pinggan yang berisi nasi lauk ayam kicap dihulurkan ke arah Nadhir.Nadhir terpinga-pinga orang baru bangun tidur, dia dah suruh melantak.

"Kejap, abang nak cuci muka."kata Nadhir bergerak ke dalam tandas.

Syifa memerhati tingkah laku Nadhir sambil menyuap nestum kepada Nadim.

  "Umi dengan Rafi pergi mana?"soal Nadhir perlahan.

  "Pagi-pagi lagi umi keluar ke masjid.Rafi pula hantar Ima ke airport."balas Syifa.

"Eh papa nak makan lah sayang."kata Nadhir lalu mengusap rambut Nadim.
Nadim bergantung di bahu Nadhir.

"Jaga Nadim kejap lagi boleh? Saya nak masak."kata Syifa.Nadhir mengangguk laju.

Alah jaga anak sendiri je pun banyak kecik punya hal!

"Jangan kasi dia jatuh!"kata Syifa.Nadhir menjatuhkan kepala sekali lagi.

"Tapi sebelum tu saya nak mandi."kata Syifa.

"Patutlah busuk kenapa tak masak dulu baru mandi?"soal Nadhir pelik.Syifa menghadiahkan jelingan tajam ke arah Nadhir.

"Saya bukan pengotor! Kita nak masak ni kena bersih diri dulu."kata Syifa panjang lebar.

"Hahaa okey jangan lah marah cuba senyum sikit."kata Nadhir.

"Cepatlah makan saya nak turun bawah kejap buat susu dia."kata Syifa mendukung Nadim.

Hilang sahaja Syifa.Tubuh Nadhir kembali berbaring merengkot menahan sakit di pinggang.

"Sakitnya.."

  Hajah Zaitun menoleh ke arah Rafi yang melangkah lemah memasuki rumah.

  "Kenapa tu Rafi?"soal Hajah Zaitun.Rafi mengeluh.

  "Ima merajuk, Rafi tak sempat nak jemput dia tadi.Call -call je dia dah sampai KL."kata Rafi mencebik.

  "Aik awalnya?"

  "Dia tukar flight tak cakap! Lepastu marah kita."kata Rafi.

  "Takpa nanti balik sana minggu depan pujuk dia ya?"

  "Umi dengan Syifa taknak balik sana ke?"soal Rafi.Hajah Zaitun hanya tersenyum.

  "Tu Syifa lah yang tentukan."balas Hajah Zaitun.

  Tiba-tiba kedengaran tangisan Nadim dari bilik dan diselangi suara Syifa memekik memarahi seseorang.

  "Kenapa pula tu?"soal Rafi bergegas naik ke tingkat atas.

  "Saya dah cakap jangan tinggalkan dia kan! Kan dia dah jatuh!"marah Syifa.Kepala Nadim diusap-usap.

  "Ya Allah, abang tak tinggal pun.Abang makan ubat kejap je tengok dia dah duduk bawah."terang Nadhir.

  "Kenapa bising-bising ni?"soal Hajah Zaitun.

  "Nadim jatuh katil ni semua sebab jantan tak guna ni lah!"jerit Syifa.

  "Astagfirullahalazim, Syifa tu suami kamu."

  "Sekarang memang ya! Tapi bukan untuk minggu depan.Ima dah serahkan kes tu dekat kawan dia so by hook or by cook kita orang akan bercerai jugak!"kata Syifa seraya menjeling suaminya.

  Nadhir tergamam.

  "Cakap je lebih.Hey Syifa, dari minggu lepas lagi kau duk kata macam tu.Mulut tu boleh cakap lah padahal hati tu sayang nak lepaskan Nadhir."provok Rafi.

  Nadim di pangkuannya diserahkan oleh Hajah Zaitun.

  "Kau tak percaya apa yang aku cakap Rafi?"soal Syifa.Rafi menggeleng kepala dengan senyuman sinis.

  "Kau ceraikan aku sekarang."kata Syifa dingin ke arah Nadhir.

  "Hina sangat ke abang ni Syifa? Sampai Syifa tak bagi abang peluang kedua? Teruk sangat ke abang ni Syifa?"kata Nadhir perlahan.

  "Ya! Kalau kau nak tahu.Kau lelaki paling teruk dalam dunia ni.Kau suami paling dayus! Halau isteri kau sendiri! Fitnah isteri kau sendiri!"jerit Syifa sambil memukul dada bidang Nadhir berkali-kali.

  Nadhir menahan kedua-dua tangan isterinya.

  "Cukup Syifa cukup!"jerkah Nadhir.

  "Syifa, abang pun ada perasaan juga.Abang ada hati."kata Nadhir menunjuk ke arah dadanya.

  "Abang dah cuba semua untuk buktikan abang dah berubah tapi Syifa letak abang dekat kaki Syifa sendiri."

  "Abang suami Syifa."

  "Abang ada hak untuk teruskan atau putuskan hubungan kita.Abang tak layak ke dapat peluang kedua? Tak layak ke nak dapatkan kemaafan dari Syifa?"

  "Nak tunggu abang mati dulu ke?"

  "Abang takkan hidup lama lagi Syifa."kata Nadhir tersenyum lemah.

  "Abang nak gunakan masa sementara abang hidup ni dengan perempuan yang sanggup serahkan sebelah buah pinggang dia dekat abang.Abang tahu abang bodoh sangat dulu sebab tak ambil langsung soal Syifa."

  "Abang nak bahagiakan Syifa dan Nadim."kata Nadhir.Birai matanya sudah berair.

  "Kalau Syifa tak ingin sangat nak hidup dengan abang. Its okey."

  "Abang akan terima walaupun sangat memeritkan."

  "Rafi."pandangan Sayu Rafi jatuh kepada abangnya.

  "Book dua tiket flight kita.Malam ni juga kita berangkat."kata Nadhir lalu menarik Syifa sebelum mencium dahi isterinya lama.

  "Abang sayangkan Syifa.Kalau rindu abang, buka laci sebelah katil.Okey?"

Syifa tidak menjawab malah menolak tubuh lelaki itu untuk merungkaikan pelukan.Dahi yang dicium oleh Nadhir dilap dengan kasar.

  "Pergi lah nak pergi sangat kan? Orang tak halang langsung!"kata Syifa merempuh tubuh Nadhir dan keluar dari bilik itu.

  "Dia sayang tapi dia ego."keluh Rafi.Nadhir hanya mengukir senyuman kelat sebelum mengambil beg di bawah katil.

TBC
9 Julai 2021

Bukan Pilihan HatiWhere stories live. Discover now