❑::Chapter Fifteen::❑

321 70 5
                                    

Langkah Jaeyun terhenti apabila ternampak Jungwon yang turut berada di rooftop sekolah. Lelaki bermarga Yang itu sedang duduk di bangku sambil menunduk. Bila dihitung hari, sudah masuk dua bulan sejak pemergian arwah Wonjeong. Sememangnya Jaeyun merindui gadis itu.

Diam-diam Jaeyun menghela nafas sebelum langkahnya diatur menghampiri Jungwon. Jaeyun mengambil tempat di sebelah Jungwon namun lelaki itu tampak tidak peduli dengan kehadiran Jaeyun. Jungwon masih saja menunduk dan di tangannya sedang memegang sekeping gambar Wonjeong. Kasihan Jungwon, pasti dia sangat merindui kakaknya.

"Semua salah saya.." Jungwon tetiba bersuara membuatkan Jaeyun menoleh.

"Saya lalai.. saya patut dengar cakap noona waktu tu..kalau noona tak selamatkan saya masa tu, patutnya saya di tempat noona sekarang..hiks—" tak semena-mena air mata Jungwon mengalir diselangi dengan isakan. Jaeyun tumpang sedih dan simpati. Jaeyun pun memeluk bahu Jungwon.

"Semua ini takdir, Jungwon-ah. Tak ada sesiapa yang salah di sini. Noona terlalu sayangkan awak, sebab tu dia buat macam tu. It's okay, saya faham kalau awak sedih. Saya juga sedih.."

Andai saja Jaeyun ada kuasa luar biasa, dia sanggup lakukan apa sahaja. Tak kira ia berisiko ataupun tak, yang penting dia boleh mengembalikan Wonjeong. Tapi Jaeyun sedar semua itu sungguh mustahil.

'Aku akan jaga adikmu ini, Wonjeong.'

Itulah janji Jaeyun. Dia tahu Jungwon kini tinggal bersama keluarga Heeseung dan Jaeyun pasti keluarga Heeseung menjaga Jungwon dengan baik. Di sekolah biarlah Jaeyun yang akan menjaga Jungwon. Sama seperti ketika Wonjeong menjaga adiknya ini dengan baik dahulu. Bila difikirkan balik, Jungwon juga tidak tahu yang Jaeyun menyukai Wonjeong kerana Jaeyun tak pernah memberitahu sesiapa.

"Terima kasih, sunbae." Jungwon kelihatan lebih tenang daripada sebelum ini.

Jaeyun mengukir senyuman tipis. "Sama-sama. Jangan sedih lagi tau. Kalau Jungwon sedih, noona awak lagilah sedih nanti."

Jungwon mengangguk perlahan.

_____________________

Stream!

Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now