❑::Chapter Two::❑

522 95 5
                                    

Jaeyun baru sahaja selesai membeli makanannya. Sekarang, tujuannya ingin menuju ke meja yang diduduki oleh sahabat-sahabatnya.

Prang!

Atensi Jaeyun terus teralih ke arah datangnya bunyi itu. Apa yang dilihat oleh Jaeyun ialah seorang pelajar perempuan terduduk di lantai dengan pakaian sekolahnya kelihatan kotor disebabkan tumpahan makanan dari tray.

Kemudian mata Jaeyun teralih ke arah seorang pelajar lelaki sedang berdiri angkuh di hadapan gadis itu.

'Kes buli ke?'

Itulah apa yang difikirkan oleh Jaeyun. Sebagai anak kepada pengarah sekolah, Jaeyun sangat mementingkan disiplin dan nama sekolah. Tak sangka di sekolahnya ini masih ada kes seperti itu.

Jaeyun hendak menghampiri namun Minhee tetiba muncul entah dari mana.

"Jomlah duduk makan. Yang kau masih berdiri ni asal?"

"Tak, aku nak--" Jaeyun terhenti berkata-kata apabila dilihatnya gadis dengan baju sekolahnya yang sudah kotor itu sudah beredar.

Muncul rasa simpati dalam hati Jaeyun setelah melihat kejadian yang berlaku pada gadis itu.




Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now