❑::Chapter Six::❑

387 78 4
                                    

Jaeyun tersentak apabila mendengar suara isakan tangisan di rooftop itu. Niat Jaeyun ingin kembali ke kelas setelah duduk lama di rooftop itu namun niatnya terbantut.

Suara isakan itu dicari-carinya. Rupanya ia datang di sebalik tembok—lebih terkejut lagi apabila Jaeyun mendapati orang itu ialah Wonjeong. Gadis itu duduk di lantai sambil memeluk lututnya. Bahu gadis itu terhinjut-hinjut akibat menangis.

"Wonjeong-ssi?" akhirnya isakan gadis itu terhenti. Sebelum dia menoleh ke arah Jaeyun, Wonjeong cepat-cepat mengesat air matanya. Hati Jaeyun sakit melihat gadis itu menangis di tempat terpencil seperti ini. Seolah gadis itu menyimpan pelbagai masalah hidup dan hanya mampu melepaskan kesedihan dengan menangis tanpa pengetahuan orang lain. Wonjeong bangkit dari duduknya. Jaeyun mendekati Wonjeong— baru sahaja Jaeyun ingin menyentuh bahu gadis itu, namun Wonjeong berundur setapak. Jaeyun menurunkan tangannya.

"It's okay to cry, Wonjeong-ssi." kemudian Jaeyun mengajak Wonjeong untuk duduk di sebuah bangku. Gadis itu masih enggan bersuara.

"Bukan nak masuk campur ke apa, tapi sebab Riki ke awak nangis?"

"Tak, tak ada kaitan dengan Riki pun. Saya cuma—terkenangkan mak ayah saya.
Saya.. rindukan mereka." hanya mendengar ayat itu, Jaeyun sudah memahami mengapa gadis itu menangis. Mak ayah ialah anugerah paling berharga di dunia. Pasti Wonjeong sudah mengharungi banyak dugaan selama ini, selama dia menjaga Jungwon—adiknya itu.

"Noona? Noona kat sini ke?"

Kelihatan Wonjeong mulai gelabah apabila mendengar suara adiknya memanggil. Cepat-cepat Wonjeong mengesat air mata dan berusaha mengawal riak mukanya agar kelihatan biasa-biasa saja. Padahal Jaeyun tahu, Wonjeong hanya berpura-pura.

'Aku akan tolong kau, Wonjeong.'

Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now