❑::Chapter Four::❑

429 90 32
                                    

"Tak guna-"

Lelaki bernama Riki itu mengangkat sebelah tangannya-ingin menampar gadis di hadapannya itu. Namun tindakannya tak kesampaian apabila seseorang menahan tangannya. Lantas Riki menoleh-riak mukanya berubah apabila mendapati seorang Shim Jaeyun-anak kepada pengarah sekolah tengah menahan tangannya saat itu. Siapa saja yang tak kenal Shim Jaeyun? Bukan sahaja di kalangan pelajar perempuan namun Jaeyun juga dikenali di kalangan pelajar lelaki.

"S-sunbae.." Jaeyun melepaskan genggaman itu dengan kasar menyebabkan Riki mengaduh kesakitan. Kuat sungguh genggaman itu sehingga pedihnya terasa. Mata Jaeyun jatuh memandang tag nama Riki.

"Nishimura Riki.. kalau tak silap kau ni junior kan? Huh.."

Riki diam. Sempat dia menatap tajam ke arah gadis itu namun cepat-cepat gadis itu melarikan pandangannya.

"Kau nak aku laporkan kes ni pada guru disiplin? Aku syak orang tua kau tak tahu perangai kau kat sekolah ni. Kalau aku laporkan kes ni, guru disiplin takkan ragu-ragu akan panggil orang tua kau datang sini. Tengoklah apa reaction orang tua kamu bila mereka tahu perangai sebenar anak mereka."

Riki masih diam. Kedua-dua tangannya di sisi sudah mengepal penumbuk. Tanpa sebarang kata, Riki beredar. Kedengaran gadis itu menghela nafas lega setelah Riki pergi.

"Jungwon-ah.." suara lembut milik gadis itu membuatkan Jaeyun menoleh. Kelihatan gadis itu berusaha membersihkan sisa kotoran di baju milik seorang pelajar lelaki. Kalau tak silap, pelajar lelaki itu ialah adik dan gadis itu pula kakak. Sesungguhnya Jaeyun tersentuh melihat sikap ambil berat gadis itu terhadap adiknya. Jungwon ke nama adiknya itu?

"Umm excuse me?" tegur Jaeyun berjaya menarik perhatian adik-beradik itu. Muka yang hampir sama, sah diorang memang adik-beradik.

"Igeo.." Jaeyun menghulurkan sehelai sapu tangan. Gadis itu segera berdiri menghadap Jaeyun. "A-awak t-tak perlu buat macam ni.." kata gadis itu.

Jaeyun tersenyum hangat."Daripada awak lap baju dia pakai tangan, sebaiknya guna sapu tangan." Gadis itu terkejut apabila Jaeyun sendiri meletakkan sapu tangan itu ke tapak tangannya.

"Jaeyun-ssi.."

"Hm?"

"Terima kasih. Untuk sapu tangan ni dan sudah membantu kami tadi."

Jaeyun melirik ke arah tag nama gadis itu. Senyumannya melebar kerana sudah mengetahui nama gadis itu.

"No problem, Wonjeong-ssi."

___________________

Tbc!

Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now