❑::Chapter Thirteen::❑

324 69 6
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Tak terasa masa berlalu begitu cepat. Seolah-olah Jaeyun baru mengenali Wonjeong semalam. Ok, gurau. Sudah berbulan-bulan Jaeyun memendam perasaannya terhadap Wonjeong. Tidak dinafikan juga bahawa Jaeyun sudah berusaha menarik perhatian gadis itu. Entah Wonjeong memang tak sedar atau dia berpura-pura tidak menyedarinya bahawa segala yang Jaeyun lakukan untuknya disebabkan perasaan Jaeyun terhadap Wonjeong.

Hari itu, Jaeyun telah memutuskan untuk meluahkan perasaannya. Ya, Jaeyun sudah merancang dan membuat keputusan. Lihatlah, siap pergi beli bunga kegemaran Wonjeong pulak tu. Rancangannya adalah ingin menemui Wonjeong di tempat kerja gadis itu dan mengajaknya sebentar ke taman berdekatan dan confess. Itulah rancangan Jaeyun. Hatinya berdebar sebaik keluar daripada kedai bunga itu. Bunga yang berada di tangannya dipandang lama sehingga terukir senyuman di bibir Jaeyun. Ya, dia tidak sabar menemui gadis itu. Dia tidak sabar ingin memiliki gadis itu.

Baru hendak melangkah, getaran yang terasa di dalam poket seluarnya menghentikan langkah. Jaeyun menyeluk poket seluarnya untuk mengambil henfonnya itu. Dahinya berkerut apabila tertera nama Ningning pada skrin. Tak biasanya gadis itu menghubungi Jaeyun. Mengangkat bahu tak kisah, Jaeyun menggeselkan butang hijau lalu melekapkan benda pipih itu di telinga.

"Hello?"

"J-jaeyun.." Jaeyun mulai rasa tak sedap hati apabila mendengar ton suara Ningning.

"Kenapa ni?" tanya Jaeyun hati-hati. Jika tadi jantung berdebar kerana nervous, kali ni dirinya diselubungi rasa takut dan risau. Sehinggalah kata-kata Ningning seterusnya cukup membuat Jaeyun bungkam seribu bahasa. Bunga yang berada di genggaman kini terlepas begitu sahaja. Nafas Jaeyun tersekat—enggan mempercayai apa yang Ningning katakan sebentar tadi.

"Ningning, tak lucu tau—"

"AKU SERIUS SHIM JAEYUN! WONJEONG KEMALANGAN DAN SEKARANG DIA DI HOSPITAL!"

Serta-merta air mata Jaeyun mengalir..

__________________

+Don't cry, Jaeyun hiks-

Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now