❑::Chapter Fourteen::❑

323 70 6
                                    

Penyesalan.

Itulah yang dialami oleh Jaeyun. Dia sungguh menyesal. Sepatutnya dia bertindak lebih awal. Bahkan bukan hanya menyesal tetapi juga sedih, sakit, rasa bersalah, simpati dan marah. Semua perasaan itu bercampur aduk menjadi satu. Jaeyun marah pada dirinya sendiri kerana gagal menjaga Wonjeong. Jaeyun rasa bersalah kerana tidak mampu menunaikan janjinya untuk membahagiakan Wonjeong. Jaeyun sedih dan hatinya sakit. Tidak mampu menerima takdir yang berlaku terhadap dirinya dan gadis kesayangannya itu.

Jaeyun berharap agar semuanya mimpi. Namun kenyataannya bukan mimpi sama sekali. Bingkai gambar Wonjeong yang dikelilingi bunga itu direnung lama. Semakin lama Jaeyun merenung gambar itu, tanpa sedar setitis air mata mengalir dari tubir matanya. Ketika Jaeyun menoleh ke arah Jungwon di tepi, lelaki itu sedang memeluk lutut sambil menyembamkan wajahnya di pelukan lutut. Di samping Jungwon adanya Heeseung dan Ningning yang cuba menenangkan Jungwon. Jaeyun sedih, tapi dia tahu yang Jungwon lebih sedih kerana kehilangan seseorang yang sangat berharga dalam hidup. Apalagi Wonjeong satu-satunya ahli keluarga yang Jungwon ada. Dan kini orang berharga dalam hidup Jungwon sudah meninggalkannya.

Hati Jaeyun sungguh sakit. Mengingat kembali pada hari sepatutnya dia meluahkan perasaannya pada Wonjeong. Hari itu sepatutnya hari yang mendebarkan dan gembira. Tetapi semuanya berubah sekelip mata menjadi mimpi buruk apabila Jaeyun menerima khabar bahawa Wonjeong terlibat dalam kemalangan. Setibanya Jaeyun di hospital masa itu, rupanya dia sudah terlambat. Wonjeong telah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum Jaeyun sempat datang. Sampai sekarang Jaeyun menyesal. Kenapa takdir berlaku kejam padanya? Jaeyun belum sempat mengatakan cintanya kepada Wonjeong. Ini sangat menyakitkan.

"Maafkan saya kerana terlambat."

"Andai saja awak tahu yang saya sukakan awak selama ni."

____________________

+it's too late, Jaeyun-ah. . .

Regret | Jake SimOù les histoires vivent. Découvrez maintenant