❑::Chapter One::❑

887 100 11
                                    

"Jaeyun sunbae !"

Langkah seorang Shim Jaeyun terhenti di saat dia mendengar seorang gadis memanggilnya. Jaeyun menoleh ke arah gadis itu sebelum menghadiahkan sekuntum senyuman.

Wahai anak Shim, bagaimana orang tak jatuh hati kalau kamu senyum? Tau tak gummy smile mu itu mampu mencairkan setiap hati para gadis?

"Ada apa ya?" soal Jaeyun ramah sekali.

Kelihatan gadis itu--Jayoo namanya--menunduk tersipu. Perlahan Jayoo mengeluarkan sesuatu yang disembunyikan dari belakangnya sejak tadi.

"U-untuk sunbae." Jayoo tak ada keberanian ingin mengangkat wajahnya. Dia sangat malu dan gemuruh.

Sedangkan Jaeyun memerhati pemberian Jayoo itu. Ia sebuah coklat dengan ada reben comel diikat pada coklat itu. Jaeyun tersenyum tipis. Bahkan ini bukan kali pertama Jaeyun menerima hadiah seperti itu. Kalau bukan coklat, ada yang memberi bekal makanan. Ada jugak yang menyelitkan surat di lokernya.

Namun apa yang Jaeyun lakukan? Sememangnya dia menghargai usaha para peminatnya. Bekal makanan yang diberikan terkadang Jaeyun makan dan terkadang diberikan pada sahabatnya yang lain. Namun surat-surat pula dibiarkan tak terbaca. Bukan apa tapi terlalu banyak surat yang diterimanya sehingga Jaeyun tak ada masa ingin membaca satu per satu.

Coklat dari tangan Jayoo diambil. Kedua mata Jayoo membulat lantas dia mendongak.

"Thanks untuk coklat ni."

Jayoo tidak dapat sembunyikan senyumannya saat itu. Namun kata-kata Jaeyun seterusnya membuatkan senyuman Jayoo kembali pudar.

"Saya terima coklat ni tak bermakna saya terima awak. Saya minta maaf, tapi saya sangat hargai usaha awak."

Jaeyun menepuk bahu Jayoo sebanyak dua kali sebelum beredar meninggalkan gadis itu. Dalam perjalanan, senyuman di bibir Jaeyun perlahan memudar lalu satu keluhan panjang dilafazkan.

'Girls..'

_____________________

+ intro lebih kurang sama je mcm previous book en? Ketahuilah bahawa seorang dina noob buat permulaan dan pengakhiran fuhh..

Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now