Cinta pandang pertama? Ramai yang tidak mempercayainya. Tetapi itulah yang terjadi kepada jejaka kacukan Melayu-Korea, Khalif Park Seo Joon si pelajar jurusan muzik dan falsafah tahun keempat. Paling mengejutkan, dia juga seorang model terkenal di Korea yang dikenali sebagai S.J. Dia telah pun jatuh cinta sebaik saja berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Ammara Inara, pelajar jurusan Bahasa Korea bagi pelajar antarabangsa tahun kedua buat kali pertama ketika mereka berada didalam KTX. Siapa sangka, mereka belajar di universiti yang sama tetapi tidak pernah kenal antara satu sama lain! Dan jodoh telah menemukan mereka semula didalam pesawat yang sama ketika ingin pulang ke Malaysia. Tempat duduk mereka bersebelahan pulak tu! Ammara Inara atau lebih dikenali sebagai Ara, hanya menganggap itu satu kebetulan. Adakah betul tekaannya? Ianya hanya 'kebetulan'? Atau memang mereka itu berjodoh? Apakah kesudahan cerita cinta mereka? Cinta Si Mamat Korea, ada jawapannya.