BAB DUA

120 4 0
                                    

  Aku memasuki ruang pesawat AirAsia X A300 dengan perasaan yang berdebar-debar secara tiba-tiba. Pramugari yang berada didalam pesawat ini bersedia untuk memberikan bantuan sekiranya kita mempunyai sebarang masalah.

Selepas memberikan senyuman, segera aku bertanya mengenai tempat dudukku. Dengan prihatinnya, dia membawaku menuju kearah yang sepatutnya. Haruslah sebab aku penumpang business class. Layanan memang terbaik.

Backpack Nicole Lee dan beg plastik berisi roti yang berada ditangan kanan aku pegang dengan kemas manakala beg laptop yang selalu dibawa kemana-mana digalas dengan selesa.

Begini rupanya kalau berada di bahagian business class. Aku memerhati keadaan sekeliling. Tempat duduknya berkembar dua setiap baris. Ruangnya agak luas dan lebih privasi. Mewah benar. Sebelum ini aku hanya menaiki kelas ekonomi setiap kali ingin pulang ke Malaysia sebab nak jimat duit punya pasal. Tetapi, minggu lepas mummy dengan daddy murah hati belikan tiket business class untuk aku. Kata mereka, bukan selalu aku nak balik sana. Sekali sekala apa salahnya aku merasa pakej mewah dari mereka.

  "Miss, this is your seat." Pramugari tersebut menunjukkan tempat duduk yang berada disebelah kanan, berdekatan dengan tingkap.

  "Thank you very much." Aku melemparkan senyuman kearahnya lalu aku duduk ditempat yang ditunjukkan sebentar tadi. Beg laptop diletakkan dikaki.

  "Would you like to drink anything?"

  "Fresh orange, please." Balasku kepada pertanyaannya.

  "Alright. Enjoy your flight." Ucapnya dengan ramah.

  "Thank you."

Pramugari itu tunduk sedikit dan kemudian dia berlalu pergi.

Sebaik saja pramugari itu hilang dari pandangan, terus aku membuka zip beg kesayanganku yang berada diatas riba. Tangan kuselukkan kedalam ruang beg tersebut untuk mengambil dua benda.

Setelah Iphone dan headset jenama Beats milikku berada ditangan, aku tersenyum. It's time to enjoy the flight. Aku swipe di skrin telefon dan mencari aplikasi flight mood. Setelah berbuat demikian, aku memakai headset dan mencari lagu-lagu kegemaranku untuk dimainkan di folder muzik.

Lagu Cinderella dari kumpulan CNBLUE menjadi pilihan pertama. Aku hanya mendengarnya dengan volume yang perlahan kerana sebentar lagi minumanku akan sampai. Sambil mendengar lagu, aku meliarkan anak mata melihat sekeliling. Masih ada banyak tempat duduk yang belum diisi. Terlalu awalkah aku menaiki pesawat ini?

Dari jauh aku melihat kelibat pramugari tadi dengan membawa segelas orange juice datang menghampiri aku.

"Your juice, miss."

Pramugari itu menghulurkan gelas yang dipegang kepadaku. Baru aku tahu namanya Shiela. Itu pun sebab aku terpandang nametag dibajunya.

Aku menunduk sedikit. "Thank you for the service."

"Our pleasure." Balas Shiela dengan ramah.

"By the way, can I ask you something?"

"What is it, miss?" Soalnya, ingin tahu.

"Is it I'm the only one who will be in this section?"

Pramugari dihadapanku ini hanya tersenyum.

"No miss. There will be another passengers that join you. This flight is full today."

"Oh really? I think that I'm just too early."

"You are, miss. Is there anything else that I can help you with?"

"Ah, no. Thank you again."

"If that so, please excuse me." Pramugari yang bernama Shiela meminta diri untuk menyambung kerjanya.

Cinta Si Mamat KoreaWhere stories live. Discover now