BAB SATU

221 5 0
                                    

  Aku melemparkan pandangan kearah luar. Kereta api elektrik KTX yang aku naiki dari Seoul sedang bergerak dengan laju. Aku mengeluh perlahan secara tiba-tiba kerana teringatkan perbualan aku dengan mummy semalam. Tanpa aku sedari, kereta api telah pun berhenti di stesen yang seterusnya. Penumpang yang sedang menunggu entah sudah berapa lama disitu, berpusu-pusu untuk naik.

  Tahun ini merupakan tahun kedua aku berjauhan dari keluarga tersayang. Sebab apa? Sebabnya aku telah mendapat peluang untuk belajar di negara Korea, salah satu negara yang sering dikunjungi oleh para pelancong setiap tahun.

  "Joesonghabnida, yeogi man anj-eul su? Daleun jwaseog-i hanaleul je-oehago gadeughaessda. (Maaf, tapi boleh saya duduk disini? Tempat duduk yang lain sudah penuh kecuali yang ini)"

Satu suara yang menegur secara tiba-tiba telah membuatkan aku kembali ke alam nyata. Aku pandang kearah kanan dan terlihat seorang pemuda Korea berpakaian santai dan agak tinggi orangnya sedang berdiri dekat dengan tempat dudukku.

  "Hal su isseubnida. Anj-ajusibsio. (Boleh, silakan duduk)" Aku membalasnya. Nasib baik aku boleh berbahasa Korea memandangkan aku mengambil jurusan bahasa itu di universiti.

Tanpa melengahkan masa, dia duduk disebelahku. Lelaki tersebut melemparkan senyuman dan menunduk sebanyak 90 darjah. Memang adat orang Korea untuk menunduk sedikit jika menyapa atau mengucapkan terima kasih. "Jeongmal gamsahabnida (Terima kasih banyak.)" Aku hanya mengangguk.

"Dangsin-eun hangug in ibnika? (Adakah awak orang Korea?)" Lelaki itu dengan ramahnya bertanya.

Mungkin dia ingat aku ni orang Korea kut sebab aku tidak bertudung dan kulitku sedikit putih.

Aku menggeleng. "Ah, ani. Naneun hangug-i anieyo. Jeon malleisia haeyo. (Ah, tak. Saya bukan orang Korea. Saya orang Malaysia.)"

Lelaki sebelah aku ini sepertinya sedikit terkejut. Mungkin tidak sangka aku boleh berbahasa Korea dengan lancar.

"I thought you're a Korean. You can speak Korean really well."

"Ahh, it is because I learn Korean language at the university." Aku membalas lalu tersenyum.

"Jeongmal? (Really?) Eoneu daehag ? (Which university?)" Lelaki sebelahku ini kelihatan teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

"Kyung Hee University"

"Mwo? (What?) Kyung Hee? I also learn at that university!"

Aku terkejut. Eh, betul ke? Tapi kenapa aku tidak pernah nampak lelaki ini di universiti?

"Yes, saya belajar disitu. Dah tahun keempat." Lelaki yang belum perkenalkan namanya hanya tersenyum.

"Wait, you can speak Malay?" Aku bertanya, keliru dan terkejut.

"Yup. Saya Korean-Melayu. Papa orang Korea, Mama pula Melayu. Papa saya masuk Islam masa dia remaja."

Aku mengangguk faham. Patut la pun. Tak sangka aku dia fasih berbahasa melayu.

"By the way, nama saya Khalif. Khalif Park Seo Joon. And you are...?"

"Oh, ya. Saya Ammara. Ammara Inara. Panggil Ara je." Aku memperkenalkan diri.

Khalif Park mengangguk. "Ara. Arasso (Saya faham)" Dia tergelak kecil.

Aku membulatkan mata sambil merenung lelaki disebelahku ini. Amboi, buat lawak pulak dia ya.

"Saya gurau je. Awak tak marah kan?"

"Tak lah. Mana ada saya marah." Aku memberikan senyuman.

"Awak dari mana nak ke mana?" Khalif Park menyoal.

Cinta Si Mamat KoreaWhere stories live. Discover now